
Soo Wincci Cipta Rekod Terima 5 Ijazah Dalam Tempoh 15 Tahun
Bekas Miss World Malaysia 2008, Dr Soo Wincci sekali lagi mencipta rekod apabila berjaya menamatkan pengajian untuk ijazah sarjana keduanyanya iaitu Master in Music Production, Technology & Innovation dan Post Master Fellowship Degree in Live Music Production di Berklee Valencia, Sepanyol.
Pencapaian itu menjadikan beliau kini memegang lima ijazah yang mana tiga lagi adalah Ijazah Undang Undang (University of Reading, UK), Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (University of Sunshine Coast, AUS) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Perniagaan (Universiti Terbuka Malaysia).
https://www.instagram.com/p/BzpSbn8C6eT/
Kesemua ijazah yang diperoleh dalam tempoh masa 15 tahun itu merupakan impian yang beliau kejar selepas melepaskan semua yang beliau ada di Malaysia. Dengan keazaman dan kerja keras, Soo Wincci berjaya membuktikan bahawa ianya tidak mustahil.
Soo Wincci turut mendapat dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records iaitu dalam kategori Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist.
https://www.instagram.com/p/BzpNupjC52_/
Beliau yang pernah terpilih sebagai 100 Tercantik Dunia oleh Hollywood Critica ini sedang bersedia untuk membina tapak di Sepanyol dan akan berulang alik ke Asia untuk rakaman TV serta undangan persembahan.
https://www.instagram.com/p/BzozYeMAx_x/
Menambah kegembiraan, single terbaharu beliau dalam empat bahasa (Melayu, Mandarin, Inggeris dan Sepanyol) turut diterbitkan pada hari yang sama beliau bergraduasi.
Sumber: Soo Wincci