Indonesia Kagum Kempen BMF Malaysia 3

Sokongan Padu Terhadap Kempen #BMF Malaysia Dikagumi Indonesia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dimulakan dan dipelopori oleh badan-badan bukan kerajaan Islam, Kempen BMF atau Buy Muslim First terus menular dan mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan umat Islam.

BACA: Aplikasi ‘Abata’ Platform Himpunan Produk Dan Perkhidmatan Muslim Dalam Talian

Tidak berniat untuk memboikot, kempen ini dianjurkan sebagai salah satu langkah memperkukuhkan ekonomi ummah, menyokong produk Muslim dan menggalakkan pengguna dalam mencari yang diyakini halal.

BACA: Pusat Beli-Belah Himpun Produk Bumiputera Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi

Tidak mempunyai motif politik atau mahu memboikot produk bukan Muslim, Kempen BMF ini mendapat tentangan daripada beberapa pihak antaranya peguam bebas, Siti Kasim yang menyifatkannya sebagai tidak cerdik.

Aplikasi Abata Kempen Belilah Produk Muslim

Dengan tujuan mahu menyokong ekonomi ummah, Facebook Group Persatuan Ekonomi Muslim Malaysia yang semakin hari semakin meningkat ahlinya (kini mencecah lebih 1.6 juta ahli) menjadi medium perkongsian produk dan perkhidmatan Muslim di Malaysia.

Kempen yang mendapat liputan luar biasa ini bukan sahaja menarik perhatian rakyat di Malaysia, malah sudah ke negara jiran Indonesia!

Menjadi tajuk berita, banyak hantaran di Facebook mengenai kempen ini dibanjiri dengan komen-komen rakyat Indonesia yang rata-ratanya menyatakan rasa kagum di atas kesatuan ummah Muslim Malaysia dalam menyokong produk dan perkhidmatan Muslim dan berharap agar mereka dapat melakukan yang sama.

Indonesia Kagum Kempen BMF Malaysia

 

Indonesia Kagum Kempen BMF Malaysia 1

 

Indonesia Kagum Kempen BMF Malaysia 2

 

Wajib tonton Gemini Man ini.

Rambo: Last Blood (2019 Movie) New Trailer— Sylvester Stallone

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.