Minyak Masak Keluaran Bumiputera Muslim 9

Sokong Produk Muslim, Ini 7 Jenama Minyak Masak Bumiputera Yang Boleh Anda Beli

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak akhir Ogos lalu, heboh mengenai kempen mengajak umat Islam dalam menyokong produk bumiputera dan Muslim.

Sebagai tanda mahu turut sama mahu menyokong produk Muslim dan menggalakkan orang Islam mencari yang diyakini halal dan suci, kami senaraikan tujuh jenama minyak masak keluaran bumiputera dan Muslim.

MINYAK MASAK MILIK DELIMA OIL PRODUCTS SDN BHD

Minyak masak jenama Tiara, Saji, Adela Sunflower/ Canola dan Cap Tiga Udang merupakan jenama yang diusahakan oleh Syarikat Delima Oil Products yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan dimiliki oleh orang Islam.

1. Minyak Masak Tiara (FELDA) 

Dengan harga sekitar +-RM3, anda boleh dapatinya di pasar raya Giant, Aeon Big dan Aeon Co di seluruh negara.

Minyak Masak Keluaran Bumiputera Muslim

2. Minyak Masak Saji (FELDA)

Minyak Masak Keluaran Bumiputera Muslim 1

3. Minyak Masak Adela Sunflower/ Canola (FELDA)

 

Minyak Masak Keluaran Bumiputera Muslim 2

4. Minyak Masak Cap Tiga Udang ( FELDA)

Minyak Masak Keluaran Bumiputera Muslim 3

 

SYARIKAT ELHAM-Q (MALAYSIA) SDN BHD

Berpangkalan di Skudai, Johor, syarikat ini dimiliki oleh orang Islam. Syarikat ini mengeluarkan produk makanan dan masakan termasuklah beras, bihun, kicap, sos dan minyak masak.

1. Minyak Masak Sufi

Minyak Masak Sufi hadir dalam bentuk 5kg dan 2kg. Merupakan produk Muslim, Minyak Masak Sufi mendapatkan sumber minyak masak daripada Felda dan dijual dengan harga berpatutan.

Minyak Masak Keluaran Bumiputera Muslim 4

MINYAK MASAK MILIK SIME DARBY

Minyak masak Alif dan Olife berada di bawah syarikat Sime Darby Foods Sdn Bhd yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan dimiliki oleh orang Islam.

1. Minyak Masak Alif

Produk jenama Alif bukan sahaja terdiri daripada minyak masak tetapi banyak lagi rangkaian produk masakan seperti kari daging/ayam/ikan, kuah kurma dan sebagainya.

Minyak Masak Keluaran Bumiputera Muslim 5

2. Minyak Masak Olife 

Minyak masak Olife adalah jenama minyak masak yang terdiri daripada minyak kacang soya, minyak masak jagung, minyak masak bunga kanola dan minyak masak bunga matahari.

Minyak Masak Keluaran Bumiputera Muslim 6

Akhir kata, marilah sokong produk keluaran bumiputera dan Muslim yang memang sudah dijamin kebersihan dan kesuciannya.

 

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1gTWGBnIWO/