Tangkap Scammer

Soalan Jujur: “Susah Sangat Ke Nak Tangkap ‘Scammer’?”

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Orang ramai kini ‘mengamuk’ dan tidak berpuas hati dengan ketirisan sistem sekuriti perbankan atas talian di Malaysia yang dilihat semakin teruk dan membimbangkan.

Seperti biasa, media sosial menjadi tempat meluahkan perasaan dan sakit hati orang ramai yang sudah semakin muak dengan ‘scammer’ yang kini seolah-olah dibiarkan sahaja bermaharajalela.

Tangkap Scammer

Persoalan yang sering dilontarkan ialah apalah nak jadi dengan nasib duit simpanan rakyat marhaen? Kenapa bank sering mempersalahkan pelanggan mereka sahaja? Tak mampukah pakar-pakar hebat dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membuat apa-apa atau melakukan sesuatu? Sampai bila nak jadi macam ni?

Cikgu Mohd Fadli Salleh turut membuat hantaran berikut di Facebooknya yang mempersoalkan tentang di manakah logiknya perompak-perompak ini menjadi begitu kebal sehingga susah sangat pihak berkuasa untuk menangkap mereka.

Tangkap Scammer

Kes scammer gini kenapa susah sangat nak handle ya?

Maaf, saya tanya jujur ni. Bukan nak sindir atau apa. Cuma ikut logik akal saya, patut senang sangat nak tangkap scammer ni.

Ada report polis. Polis hubungi bank. Tanya maklumat account tu milik siapa. Bank freeze kan account tu sehingga owner account tu pergi bank nak buka balik account freeze.

Sebaik penama account hadir ke bank, polis tangkap dan buat siasatan. Jika sah scammer, tangkap dan penjarakan.

Settle.

Kalau duit tu dia dah transfer ke account orang lain, dan melompat lagi ke account-account lain sekali pun, semua data ada dengan bank kat mana account tu ditransfer sebelum di cash out.

Freeze je semua account yang terlibat. Masa cash out tu pun ada CCTV bank kat mana scammer keluarkan duit. Next, polis tunggu je kat bank tu. Scammer datang nak keluarkan duit cash, tangkap terus.

Kalau scammer guna account keldai, freeze je account keldai ni. Tangkap sekali keldai, pasti boleh bawa kepada scammer sebenar. Dan orang lain pun tak berani lagi jadi keldai.

Settle.

Ikut logik akal orang awam macam saya, gitu je nak tangkap geng ni. Tak susah mana pun.

Cuma mungkin realitinya pihak bank ada term yang perlu jaga kerahsiaan pelanggan dan peraturan yang tak boleh freeze account sesiapa. So tak boleh dedah waima kepada polis walau account tu dah banyak report polis.

Mungkin begitu kot. Kalau begitu buat la satu akta baru, account yang disyaki milik scammer atau keldai scammer boleh kena freeze dan boleh dedah kerahsiaan account pelanggan pada polis.

Ke macamana ya?

Maaf kawan-kawan pegawai bank dan kawan-kawan polis sekalian. Saya jujur bertanya, bukan nak tunjuk pandai, bukan nak mengajar kalian buat kerja kalian.

Cuma saya rasa, kes scammer guna taktik ni makin berleluasa dan mereka sangat-sangat kebal dan mudah sangat terlepas.

Mungkin ada benda yang saya tak tahu dan tak faham, salah anggap atau salah cara fikir. Tolong kawan-kawan dalam bidang Bank dan PDRM bantu bagi pencerahan ya kenapa cara saya sebut di atas tak boleh kalian aplikasi.

Terima kasih.

#MFS

– Tanya jujur ni, bukan nak mengata mana-mana pihak –

BACA: Kena ‘Scam’! RM10K Lesap Dalam Sehari Gara-Gara Muat Turun Aplikasi Ini

Sumber: Mohd Fadli Salleh, Zainuddin Omar