
SKMM Siasat Laporan Penularan Video Intim Kali Ke-2 Di ‘Group’ WhatsApp
Jun lalu, kecoh berkenaan tularnya video intim melibatkan dua orang lelaki yang mana salah seorang daripadanya dikatakan terdiri daripada seorang menteri kabinet.
Awal pagi tadi, hampir 200 petugas media dijemput masuk ke dalam beberapa group WhatsApp pada jam 3.36 pagi yang di dalamnya, dikongsikan beberapa potongan video intim.

Seorang wartawan Awani, Harits Asyraf Hasnan merupakan salah seorang yang berada dalam group tersebut telah melaporkan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Ini respon yang beliau terima daripada Pengerusi SKMM:
Ini respon yang kami (wakil media) terima daripada Pengerusi @SKMM_MCMC Al-Ishsal Ishak. @501Awani pic.twitter.com/As4FA5H1as
— Harits Asyraf Hasnan 🇲🇾 (@AsyrafAWANI) September 5, 2019
Harits memberitahu sesiapa yang dijemput masuk ke dalam group tersebut boleh melakukan aduan terus kepada SKMM di talian WhatsApp 016-2206261 atau emelkan ke [email protected]
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1m4DvoHgme/