
SKMM Kini Benarkan Telco Jual Nombor Unik Kepada Pengguna
Dalam satu laporan yang bertajuk Pelaksanaan Kerangka Kerja Cherished Number oleh yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ada menyebut tentang kebenaran kepada pihak telco untuk menjual nombor telefon yang dirasakan unik kepada pengguna.
Ini sama seperti kaedah penjualan nombor pendaftaran kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
Antara kategori yang dikenal pasti boleh dimohon untuk diletakkan dalam Cherished Numbers ialah:
- Digit Berulang
- Gugusan Digit Berulang
- Gugusan Digit Berulang di bahagian akhir
- Digit Tak Muncul
- Jujukan Digit Menarik
- Jujukan Digit Menurut
- Digit Bertuah
- Corak Digit Unik
Penjualan bukan sahaja boleh dilakukan antara pihak telco dengan pengguna tetapi juga antara pengguna sendiri, namun ianya perlulah dengan pemantauan pihak berkuasa.
Baca lanjut DI SINI.
Terdahulu, Malaysia dikatakan menghampiri kepada realiti 5G yang dijangkakan tersedia pada suku ketiga tahun ini selaras dengan kemajuan teknologi.
BACA: Hampiri Realiti, Rangkaian 5G Malaysia Dijangka Tersedia Pada Suku Ketiga Tahun Ini
Dijangka bakal memartabatkan Malaysia sebagai satu perintis 5G di rantau ASEAN, pelaksanaan 5G agak berbeza kerana bukan sahaja digunakan untuk pengguna mengakses tanpa wayar tetap tetapi juga kepada industri serta perniagaan.
Malah pelaburan awal telah dilakukan dengan nilai RM143 juta yang melibatkan kerjasama daripada pihak SKMM dan beberapa syarikat telekomunikasi seperti Altel Communications Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd, DiGi.Com Bhd, edotco Group Sdn Bhd, Maxis Bhd, Petronas, Telekom Malaysia Bhd (TM) dan UMobile Sdn Bhd bagi menjalankan projek demonstrasi 5G di enam negeri di Malaysia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia yang mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998).
Selaras dengan Akta-Akta ini, peranan SKMM ialah untuk melaksanakan dan memupuk objektif dasar kebangsaan Kerajaan Malaysia untuk sektor telekomunikasi dan multimedia. SKMM juga ditugaskan untuk menyelia rangka penyeliaan baru untuk kegiatan industri-industri telekomunikasi, penyiaran dan dalam talian yang semakin berkait rapat.
Sumber: Soya Cincau