
Skizofrenia, Penyakit Mental Yang Membuat Seseorang Berhalusinasi
Skizofrenia, Penyakit Mental Yang Membuat Seseorang Berhalusinasi
Isu kesihatan mental kini mula dipandang serius oleh masyarakat hari ini. Beberapa hari lepas, kita menerima berita yang sangat tragis dan menyedihkan yang mana seorang bayi berusia lapan bulan ditemui mati di dalam guni dengan keadaan dilumur garam.
Ia dipercayai dibunuh oleh bapa kandungnya sendiri. Siasatan lanjut mendapati kemungkinan suspek mengalami masalah mental dan pernah ditemui bercakap perkara yang tidak masuk akal selain perihal hantu kepada jirannya sejak dua minggu lalu.
Tambahan pula, sehingga kini suspek tidak bercakap untuk diambil keterangan, sebaliknya hanya berzikir dan memaklumkan dia mendengar suara malaikat sebelum membunuh anaknya.
Kejadian seperti ini bukanlah kali pertama berlaku di Malaysia. Pada 2018, seorang ibu bertidak mengelar anaknya yang berusia 19 bulan selepas mengalami halusinasi.
Ramai yang cakna dengan penyakit mental tapi ramai yang kurang mengenali dengan penyakit halusinasi ini.
Memahami penyakit Skizofrenia
Penyakit halusinansi ini juga dikenali sebagai skezofrenia. Dengan kata lain ia adalah penyakit mental kronik dengan ciri-ciri kecacatan sehingga menyebabkan seseorang itu tidak dapat membezakan di antara alam realiti dan alam fantasi.
Skizofrenia merupakan penyakit mental yang diakibatkan oleh ketidakseimbangan satu sel kimia dalam otak (dopamine).
Ia adalah suatu gangguan psikosis fungsional berupa gangguan mental secara berulang dengan gejala-gejala psikotik seperti kemunduran fungsi sosial, fungsi kerja dan perawatan diri.
Penghidap penyakit ini kemungkinan dapat melihat, mendengar dan merasa akan tetapi apa yang yang didengari,dilihat dan dirasa itu bukanlah sesuatu yang wujud di alam nyata.
Ia dianggap benar oleh si penghidap sehingga ia boleh mempengaruhi tingkah laku si penghidap.
Penyakit ini wujud sejak beratus tahun namun ianya dikesan sebagai penyakit mental pada tahun 1887 oleh Dr Emelin Kreaplin.
Kesan penyakit ini akan mempengaruhi proses pemikiran pesakit. Penyakit ini diperoleh melalui perubahan persekitaran sekeliling seperti tekanan perasaan, masalah kewangan dan lain-lain.
Ada juga yang mengaitkan dengan masalah yang datang dari genetik.Ia juga bermula dari kemurungan sehingga boleh bertindak mencederakan diri sendiri dan orang lain.
Menurut Professor Bersekutu Psikiatari, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Ng Chong Guan, kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia merupakan penghidap penyakit mental dan wanita adalah yang paling tinggi peratusannya mendapat penyakit ini daripada lelaki.
Penyakit ini biasanya bermula pada lewat remaja dan awal dewasa iaitu semasa fasa yang paling kritikal dalam kitaran hidup seseorang individu. Katanya, dalam masa 10 tahun, peratusan yang akan mendapat penyakit ini akan meningkat sekali ganda dalam masa 10 tahun.
Skizofrenia boleh dirawat
Skizofrenia tidak dapat dirawat dengan satu jenis rawatan sahaja. Ia memerlukan gabungan rawatan yang meliputi aspek-aspek seperti:
Psikoterapi – Rawatan psikologi bertujuan untuk memberi sokongan emosional kepada pesakit.
Farmakologi – Penggunaan ubat-ubatan bagi memulihkan ketidakseimbangan biokimia di bahagian otak serta mengurangkan gejala penyakit.
Psikososial –
- Penglibatan pesakit dalam pelbagai aktiviti seperti psycho-education membantu pesakit sedar bahawa rawatan dan pemulihan bukan hanya bergantung kepada ubat atau psikoterapi, tetapi persekitaran turut mempengaruhinya.
- Sokongan ahli keluarga juga penting dalam membantu pemulihan pesakit. Penglibatan mereka perlu bagi memberi sokongan moral dan emosi kepada pesakit dalam proses pemulihan pesaki
Secara umumnya, statistik menunjukkan bahawa kira-kira 20 ke 30 peratus pesakit boleh menikmati hidup normal semula dalam persekitaran yang terlindung yang mana memerlukan rawatan berterusan dan sokongan yang diperlukan.
Justeru, penyakit ini adalah cabang dari penyakit mental dan ia adalah penyakit yang amat yang memerlukan perhatian ramai. Diharapkan, masyarakat dapat menerima kehadiran dan membuang stigma yang memandang serong terhadap pesakit mental.