
Skim Pembayaran Baharu Punca ‘Rider’ FoodPanda Lancar Mogok Esok
Kecoh di laman media sosial semalam berikutan kejadian mogok yang dilakukan oleh pemandu perkhidmatan penghantaran makanan, FoodPanda di Johor Bahru dan Pulau Pinang gara-gara syarikat tersebut memperkenalkan skim pembayaran baharu.
Menurut seorang individu di Facebook, Khairul Azri pada awalnya FoodPanda membayar pekerja mereka dengan gaji RM5/jam pada hari biasa dan RM6/jam untuk hari minggu.
Selepas sudah tiga bulan bekerja, mereka akan menerima kenaikan gaji iaitu sebanyak RM6/jam (hari biasa) dan RM7/jam (hari minggu). Manakala untuk enam bulan pula akan dinaikkan kepada RM7.50/jam (hari biasa) dan RM8.50/jam (hari minggu).
Pekerja FoodPanda juga akan mendapat bonus yang mana berjumlah RM3/pesanan tanpa mengira tempoh masa sudah berkhidmat dengan FoodPanda.
Namun pada bulan Mav 2019, FoodPanda memperkenalkan sistem baharu iaitu, Batch yang dibahagikan kepada empat kelompok seperti dalam rajah di bawah:

Selain daripada itu, pekerja juga akan diberikan bonus RM100 selepas menyelesaikan 60 jam tempoh waktu bekerja untuk seminggu dan RM1 tambahan bagi setiap pesanan antara jam 11 malam hingga 9 pagi setiap hari.
Dengan adanya skim baharu ini, FoodPanda turut mengesahkan dengan ‘kejayaan’ melengkapkan tiga penghantaran dalam masa sejam dan bekerja 30 jam seminggu, pekerja boleh mendapatkan pendapatan sehingga RM630 setiap minggu.
Walau bagaimanapun, kebiasaannya pekerja terpaksa menunggu dalam tempoh masa dua ke tiga jam tanpa menerima sebarang pesanan makanan dan menyebabkan mereka tidak boleh mendapatkan bayaran penghantaran yang berkemungkinan juga akan dikurangkan.
Berikutan penekanan tersebut, pekerja syarikat FoodPanda di luar kawasan Lembah Klang merancang untuk melancarkan mogok pada minggu hadapan selama seminggu kerana telah mengurangkan sumber pendapatan mereka.
Mogok yang dirancang bermula Isnin tersebut akan berlangsung di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, kemudiannya akan diteruskan di Ipoh dan Pulau Pinang dijangka akan meninggalkan kesan besar kepada syarikat perkhidmatan makanan tersebut walaupun tidak melibatkan pekerja di Kuala Lumpur dan Lembah Klang kerana terpaksa menanggung rugi yang banyak.
Sumber: MalaysiaKini
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2VN0XoB7tS/