siti nurhaliza manfestasiti 1

Siti Nurhaliza Lancar Album ManifestaSITI 3 Julai Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semalam, Dato’ Sri Siti Nurhaliza di telah mengumumkan bakal mengeluarkan album terbaru di instagram beliau.

https://www.instagram.com/p/CB91b1lHMeY/

Album ManifestaSITI akan dilancarkan di seluruh platform digital pada 3 Julai 2020.

Para peminat dan penggemar muzik boleh membuat pembelian dan stream lagu terbaharu Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada tarikh tersebut.

siti nurhaliza manifestasiti 2

Album berbentuk CD fizikal ini boleh didapati secara eksklusif bermula hari ini, 29 Jun 2020, secara pra tempahan yang bermula pada pukul 12 tengah hari.

Pembelian CD pra tempahan yang berjaya akan memulakan penghantaran bermula pada 8 Julai 2020.

https://www.instagram.com/p/CB9kyTYHXXP/

Jualan pra tempahan ini juga terbuka kepada peminat di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Sementara hendak dapatkan CD, anda boleh juga boleh melakukan pembelian melalui aplikasi penstriman di seluruh platform digital.

Boleh dapatkan pra tempahan CD album ManifestaSITI di sini.

Buat peminat Siti Nurhaliza, beliau juga telah melancarkan sebuah lagu berjudul Basyirah yang didekasikan untuk para petugas barisan hadapan menentang penularan wabak COVID-19.

Menariknya tentang single baharu ini, Basyirah adalah ciptaan pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahamd Fedtri Yahya dan komposernya Hafiz Hamidun, membuatkan lagu ini begitu puitis dengan bermelodikan Timur Tengah.

Bagi penyanyi lagu ini, Basyirah bukanlah hanya sebuah lagu untuk hiburan tetapi ia sebuah lagu yang perlu makna dan rasanya sampai kepada para pendengar.

“Tidak hanya sebuah lagu untuk hiburan tetapi saya melagukan supaya maknanya sampai, rasanya sampai dan setulus dedikasi untuk semua ‘KITA’ yang menjadi ‘barisan hadapan’,” katanya.