
Siswazah Terima Gaji Paling Tinggi Di Kuala Lumpur – Jabatan Perangkaan
Laporan Siswazah 2018 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan gaji purata siswazah meningkat jika dibandingkan dengan tahun 2017 iaitu sebanyak RM221 (4.7%) menjadikan jumlah akhir ialah RM4,897.
BACA: Gaji Pekerja Di Malaysia Terlalu Rendah – Bank Negara
Statistik yang diperoleh daripada tinjauan Gaji dan Upah yang mengumpul maklumat berkenaan gaji dan upah bulanan mengikut pekerjaan utama sepenuh masa atau setaraf bagi pekerja bergaji.
Antara yang disimpulkan dalam laporan tersebut:
1. Siswazah berusia 45 tahun ke atas menerima gaji penengah dan purata tertinggi dengan masing-masing sebanyak RM6,859 dan RM8,199.
2. Siswazah berusia 24 tahun ke bawah menerima gaji penengah dan purata terendah iaitu RM2,112 dan RM2,320.
3. Siswazah lelaki terima gaji penengah dan purata bulanan lebih tinggi iaitu RM4,335 dan RM5,475 lebih tinggi berbanding siswazah wanita yang hanya menerima RM3,727 dan RM4,369.
Malah laporan ini turut memperlihatkan siswazah yang bekerja di Kuala Lumpur menerima gaji penengah yang paling tinggi iaitu masing-masing dengan jumlah RM4,654 diikuti dengan Sabah RM4,517 dan Perlis RM4,491.
Di kedudukan tiga terakhir pula Perak RM3,393, Pulau Pinang RM3,205 dan Melaka RM3,127.
Trending now



