
Sistem Pembayaran Terbuka Bakal Gugat Monopoli Touch ‘n Go
Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan bakal membuat pertimbangan semula terhadap monopoli Touch ‘n Go terhadap kegunaan pembayaran tol lebuh raya.
Ini disebabkan oleh kurangnya penambahbaikan serta kemajuan daripada penyedia sistem pembayaran elektronik yang telah berada di pasaran lebih 20 tahun lamanya.
Anwar juga membayangkan bahawa pengguna boleh menggunakan sistem pembayaran lain tidak terhad kepada Touch ‘n Go untuk membuat pembayaran tol.
Bukan itu sahaja, malahan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke juga telah mengarahkan semua agensi termasuk operator pengangkutan awam untuk mengaplikasikan sistem pembayaran terbuka.
Mereka dibenarkan untuk guna apa sahaja jenis kad, sama ada kad kredit atau debit yang boleh sentuh dan masuk serta tidak terhad kepada Touch ‘n Go.
Tambahannya lagi, tempoh beberapa bulan diperlukan untuk mengintegrasikan sistem pembayaran terbuka itu.
Berdasarkan perkembangan ini, rakyat akan diberi pilihan yang lebih meluas untuk melakukan pembayaran terutamanya ketika melalui lebuh raya bertol.
Touch ‘n Go dilihat akan terpaksa bersaing dengan pembekal sistem pembayaran lain bagi mengekalkan mereka relevan di dalam industri ini.
Trending now



