
Sirius TV: Pesaing Baharu Astro Dan Unifi TV Bakal Tiba November Ini
Bercakap tentang perkhidmatan televisyen berbayar di Malaysia, nama pertama akan terpancul ialah Astro yang mana ia sudah memonopoli dalam industri tersebut lebih dua dekad di Malaysia.
Namun, sejak perkhidmatan Unifi TV diperkenalkan, sebahagian mereka yang menggunakan Unifi turut menukar kepada perkhidmatan televisyen berbayar Unifi TV. Walau bagaimanapun, kedua-dua perkhidmatan televisyen ini bakal mendapat persaingan baharu apabila servis satelit TV yang dikenali sebagai Sirius TV bakal diperkenalkan pada bulan November ini.
Sirius TV di bawah syarikat Smart Digital International dan kini sedang di fasa percubaan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Khairuddin Abd. Rahman berkata pengguna akan menikmati langganan secara percuma selama setahun sekiranya melanggan perkhidmatan Sirius bermula sejak prapelancaran perkhidmatan sehingga Mei 2020.

Sirius akan memperkenalkan bayaran bulan serendah RM20 atau tawaran langganan setahun hanya RM200 selepas enam bulan dari prapelancaran. Malah pelanggan juga tidak terikat dengan kontrak langganan perkhidmatan.
Sirius TV menawarkan sebanyak 30 rancangan temasuk lima rancangan premium.

Kedatangan Sirius juga akan membuka peluang pekerjaan kepada yang mahir memasang dekoder dan antena. Mereka yang sudah mempunyai pengalaman sebelum ini, secara automatik boleh menjadi pemasang berdaftar Sirius dan tidak perlu menjalani latihan.
Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman web Sirius TV.
Sumber: SoyaCincau