
Siri ‘The Boys’ Papar Sisi Gelap Adiwira
Apabila berbicara tentang adiwira, gambaran yang kita dapat ialah adiwira yang menjadi penyelamat dunia. Kekuatan luar biasa yang ada pada seorang adiwira sehinggakan masyarakat menganggap mereka sebagai seorang selebriti, ahli politik dan ada yang menganggap mereka sebagai seorang dewa.
Namun, pernahkah anda terbayang jika sifat seorang adiwira yang dianggap sering melakukan kebaikan itu bertukar kepada seorang penyagak, menyalahgunakan kuasa dan mempunyai masalah sosial? Gambaran inilah yang dibawa dalam siri The Boys.
The Boys diadaptasi daripada siri komik Dynamite Entertainment, karya Garth Ennis dan pelukis Darick Robertson. The Boys mengisahkan satu pasukan dari operasi khas CIA untuk menjaga keamanan dunia. Namun, tahun demi tahun terdapat masalah antara setiap ahli sehinggalah satu hari mereka tubuhkan organisasi persendirian dan tidak lagi berkhidmat di bawah kerajaan.

Untuk siri The Boys musim pertama ini akan menampilkan pasukan The Seven – pasukan adiwira yang korup dan sering melanggar undang-undang. Jadi, dalam siri ini fokus mereka adalah menumpaskan adiwira lain yang menyalahgunakan kuasa mereka.
Amat menarik bukan apabila kisah adiwira yang ditampilkan ini bukanlah seperti kisah adiwira yang sering disanjung orang ramai. Siri TV The Boys hanyalah disiarkan di platform penstriman video Amazon Prime dan telah pun disiarkan pada penghujung Julai lalu untuk musim pertama.
Musim pertama untuk siri ini menghimpunkan sebanyak 8 episod. The Boys bukanlah siri adiwira yang boleh ditonton untuk semua kategori umur kerana ia dibawah kategori rating R dan komedi gelap atau bahasa mudah siri ini hanya sesuai untuk penonton dewasa. Tonton trailernya sahaja pasti buat anda tergamam.