
Siri Popular Netflix ‘Money Heist’ Bakal Diadaptasi Kepada Versi Korea
Demi mengurangkan jumlah pelancong dan kerosakan di tapak pelancongan terkenal India, pihak berkuasa telah sepakat menaikkan harga tiket untuk pelawat dari India sebanyak 400 peratus manakala bagi pelancong luar negara sebanyak 20 peratus.

Penduduk menganggarkan antara 10 ribu hingga 15 ribu pelawat ke bangunan yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Jumlah keseluruhan pelawat dihadkan kepada 40,000 sehari pada awal tahun ini, menurun dari 70,000 pelawat sebelum ini.
Susulan daripada itu, tiket bagi pelancong India meningkat dari 50 rupee ke 250 rupee iaitu anggaran bagi harga purata makan tengah hari di restoran tempatan India. Manakala harga tiket pelawat asing, meningkat dari 16 dolar ke 19 dolar.
Wakil daripada Penyiasatan Arkeologi India iaitu badan kerajaan yang bertanggungjawab untuk penyelenggaraan bangunan bersejarah itu berkata mereka menaikkan harga tiket kerana mahu mengurangkan kedatangan pelancong menjejakkan kaki ke sana disamping menjana pendapatan untuk pemuliharaan.
Pakar-pakar yang bertanggungjawab memulihara Taj Mahal telah memberi amaran bahawa terlalu ramai pelancong yang memasuki makam itu menyebabkan kerosakan di lantai marmar dan dinding yang sukar dibaiki semula.
Manakala Mahkamah Agung India mengumumkan pada Julai lalu untuk memerintahkan makam itu ditutup atau dirobohkan jika pihak berkuasa gagal menjaga tapak kebudayaan itu dengan sewajarnya. Mereka juga meminta pihak berkuasa India berunding dengan pakar antarabangsa untuk mempercepatkan usaha pemuliharaan.
Sumber: The Guardian
Trending now



