
Siri Manga Death Note Kembali Dengan Edisi ‘One-Shot’ Selepas 14 Tahun
Pernah menjadi kegilaan ramai pada suatu ketika dahulu, siri manga Death Note hasil karya Tsugumi Ohba dan Takeshi Obata ini kembali untuk special one-shot manga selepas 14 tahun.
BACA: Selepas 15 Tahun, Stephen Chow Sahkan ‘Kung Fu Hustle 2’ Kini Sedang Jalani Penggambaran
Edisi spin-off 88 halaman ini memaparkan Minoru Tanaka sebagai manusia terbaharu yang mempunyai kuasa Death Note selepas kejatuhan Light dengan melakukan pertukaran buku nota kem4tian dengan makanan kegemarannya iaitu epal.
Namun disebabkan risau akan kesusahan yang akan dihadapi berikutan kemajuan teknologi kini, Tanaka telah membuat keputusan untuk menjual buku berkenaan.
Turut menampilkan watak-watak terkenal seperti Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, siri spin-off yang dihasilkan selepas 14 tahun ini dikatakan penuh dengan elemen kejutan.
Baca siri Death Note secara percuma DI SINI.
Bermula sebagai siri manga Death Note mula diterbitkan oleh Shueisha melalui Weekly Shonen Jump bermula dari isu pertama pada Disember 2003 sehingga Mei 2006, berjumlah 108 episod kesemuanya. Siri ini diterbitkan dalam 12 jilid yang masih dalam proses penerbitan di Amerika Syarikat.
Death Note (Desu Nōto) diterjemah secara literal sebagai Nota Maut ialah siri manga Jepun yang ditulis oleh Tsugumi Ohba dan diilustrasi oleh Takeshi Obata. Siri ini tertumpu kepada seorang pelajar sekolah menengah yang ingin menghapuskan dunia kejahatan dengan menggunakan sebuah buku nota luar biasa yang membunuh sesiapa sahaja yang namanya tertulis di dalamnya.
Sumber: Polygon
Trending now



