
Singapura Negara Dengan Capaian Internet Paling Laju Di Dunia
Singapura negara dengan capaian paling laju di dunia.
Capaian internet paling laju menjadi idaman setiap penduduk dunia. Kelajuan internet paling pantas pernah dicatatkan di dunia adalah 32 TBps atau 32,000,000 Mbps, hasil penyelidik di Eindhoven University Technology (Belanda) dan di University of Central Florida yang menggunakan serat multi-modal.
Tahukah anda, untuk tahun 2020, Singapura merupakan negara yang mempunyai capaian internet paling pantas di dunia?
Dengan kelajuan 191.93 MBps (broadband speed), Singapura mendahului negara maju lain seperti Korea Selatan (156.18 MBps), Jepun (101.65 MBps) dan Amerika Syarikat (115.67 MBps), diikuti dengan Korea Selatan, Taiwan (151.75 MBps), Hong Kong (151.02 MBps) dan Romania (130.79 MBps).

Daripada senarai 176 buah negara, Malaysia menduduki tempat ke-36 dengan kelajuan 71.52 MBps, manakala negara jiran seperti Thailand dan Indonesia masing-masing berada di kedudukan ke-30 (78.47 MBps) dan ke-110 (19.09 MBps).
Di kedudukan lima terakhir adalah Mauritani (5.27 MBps), Algeria (4.18 MBps), Venezuela (3.61 MBps), Yemen (3.54 MBps) dan Turkmenistan (1.78 MBps).
Selain daripada itu, negara–negara yang mencatatkan internet terbaik adalah Hungary (92.47 MBps), Macau (87.14 MBps), Sweden (84.11 MBps), Belanda (81.46 MBps), Switzerland (80.62 MBps), Lithuania (75.94 MBps), Amerika Syarikat (75.94 MBps) dan Denmark (75.42 MBps).
Tahukah anda, dalam satu statistik data yang dikeluarkan oleh Pornhub akhir Jun lalu, Malaysia disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang paling banyak melakukan carian di laman tersebut sepanjang wabak pandemik COVID-19 melanda.
BACA: Malaysia Negara Ke-4 Di Dunia Paling Banyak Layari Laman Lucah Sepanjang COVID-19, Pertama Di Asia
Melalui data tersebut, Malaysia berada di kedudukan ke-4 di dunia dan pertama di Asia dan ini bukanlah sesuatu ‘pencapaian’ yang perlu dibanggakan.
Sumber: World Population Review