
Singapore Airlines Dijangka Bakal Tawar Pakej ‘Penerbangan Tanpa Destinasi’ Bermula RM800
Singapore Airlines mengumumkan pihak mereka sedang dalam perancangan untuk membina satu laluan perjalanan baru yang dipanggil sebagai ‘penerbangan tanpa destinasi’ seawalnya bulan hadapan.
Penerbangan yang akan terbang dan mendarat di Lapangan Terbang Changi ini dikatakan merupakan salah satu daripada usaha untuk merangsang semula pendapatan syarikat yang terjejas akibat wabak pandemik COVID-19.
Penerbangan yang akan melalui perjalanan selama tiga jam (pergi dan balik) ini tidak akan menetapkan destinasi mendarat memberi peluang kepada penumpang melepaskan ‘gian untuk menaiki pesawat sejak daripada pintu sempadan negara ditutup untuk penerbangan antarabangsa.

Satu kaji selidik yang dijalankan mendapati hampir 75% daripada jumlah keseluruhan 308 responden sanggup mengeluarkan wang semata-mata untuk merasai pengalaman ini.
- 45% sanggup membayar sekitar SGD288 (+-RM876) untuk kelas ekonomi,
- 40% sanggup membayar sehingga SGD588 (+-RM1,789) untuk kelas pertama, dan
- 60% mahukan perjalanan pesawat melebihi dua jam.
Harga tersebut sudah termasuk dalam pakej perjalanan yang dilengkapi dengan penginapan hotel, baucar beli belah dan perjalanan feri limosin.
Syarikat Singapore Airlines yang terjejas teruk kerana tidak menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik menjangkakan bilangan penumpang pesawat mereka tidak akan dapat dikembalikan seperti fasa sebelumnya berlaku pandemik sehinggalah menjelang 2024.
BACA: Lihat Jangkaan Tarikh Jangkitan Wabak COVID-19 Bakal Berakhir Di Negara Dunia
Bukan yang pertama menawarkan perkhidmatan penerbangan tanpa destinasi di dunia, sebelum ini syarikat penerbangan dari Jepun dan Taiwan sudah pun melancarkan kempen yang sama.
Sumber: Straits Times