
Simptom Nampak Sama Buat Ramai Keliru, Ketahui Perbezaan Influenza Dan COVID-19
Belakangan ini, kita menyaksikan ramai mengalami simptom demam, sakit tekak, batuk dan selsema. Apabila melakukan ujian kendiri COVID-19, namun mendapat keputusan negatif.
Situasi ini menyebabkan ramai yang keliru perbezaan di antara influenza dengan COVID-19.
Menurut pakar, influenza adalah sejenis jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza. Terdapat dua jenis virus influenza yang sering menjangkiti manusia iaitu virus influenza A dan Influenza B.
Tapi apa persamaan dan perbezaan selesema, penyakit seperti influenza (ILI) dan COVID-19?
Bagaimana untuk membezakan simptom selesema, ILI dan COVID-19?
Kebanyakan simptom adalah sama iaitu demam, batuk, sakit tekak dan hidung berair.
Kehadiran simptom juga bergantung kepada tahap imuniti seseorang.
1. ILI: Demam bermula secara tiba-tiba dan suhu tinggi > 38 darjah celsius.
2. Selesema: Jarang menyebabkan demam, sakit kepala, sakit otot dan kelesuan. Jika demam, suhu tidak tinggi.
3. COVID-19: Jarang menyebabkan bersin tetapi boleh menyebabkan kehilangan deria rasa dan bau.
Cara penularan dan tempoh kebolehjangkitan selesema, ILI dan Covid-19 adalah sama.
1. Titisan pernafasan semasa batuk atau bersin.
2. Sentuhan tangan atau dengan tisu dan barang lain yan dicemari oleh cecair dari hidung dan tekak.
Tempoh kebolehjangkitan:
1-2 hari sebelum sehingga 4-5 hari selepas simptom bermula.
Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan teruk ILI dan COVID-19?
Kumpulan berisiko:
1. Warga emas.
2. Individu yang mempunyai komorbid seperti penyakit respiratori kronik, penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser.
Bagi influenza:
Ibu mengandung, kanak-kanak dan bayi juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan teruk.
Langkah-langkah pencegahan ILI dan COVID-19 adalah sama:
1. Pakai pelitup muka
2. Cuci tangan
3. Etika batuk dan bersin
4. Jaga kebersihan diri dan persekitaran
5. Jangan berkongsi peralatan peribadi
6. Cara hidup sihat
7. Penjarakkan fizikal
8. Buka tingkap untuk pengudaraan yang baik
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia