
Simpan Dendam 53 Tahun, Lelaki Tembak Pembuli Di Majlis Reunion
Kerana dendam yang disimpan selama 53 tahun, seorang lelaki sanggup menembak m*ti bekas rakan sekelasnya di sebuah majlis reunion.
Dalam majlis tersebut, semasa sesi mengimbau kembali kehidupan persekolahan mereka, lelaki yang dikenali sebagai Thanapat berasal daripada Thailand bertanyakan kepada rakannya, Suthad jika beliau mengingati peristiwa ketika mereka berusia 16 tahun yang mana Suthad hampir menanamnya hidup-hidup.
Thanapat turut meminta agar Suthad memohon maaf atas kejadian tersebut. Namun, Suthad menafikan tuduhan Thanapat dan enggan memohon maaf kepadanya dan mecetuskan pergaduhan.
Thanapat yang berusia 69 tahun merupakan seorang pesara tentera laut akhirnya bertindak menembak Suthad di kawasan perut dengan peluru menembusi badannya dan Suthad disahkan meninggal dunia selepas sampai di Hosital Ang Thong.
Rakan-rakan yang lain memberitahu Thanapat tidak pernah melupakan peristiwa tersebut, kerana setiap kali beliau mabuk, beliau akan menyatakan betapa marah dan dendamnya beliau kerana dibuli oleh Suthat.
Suthad kemudiannya dikebumikan dengan pengebumian tradisi agama Buddha yang dihadiri oleh rakan-rakan dan kaun keluarga. Manakala Thanapat pula masih dalam buruan polis kerana melarikan diri dari lokasi kejadian.
Sumber: Mothership
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1NKsmUHbvM/