Sikap Penyokong Indonesia

Sikap Ekstrem Penyokong Mungkin Sebabkan Indonesia Didenda Bermain Tanpa Penonton – PSSI

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kontroversi situasi perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia nampaknya masih belum reda. Terdahulu, penyokong Malaysia terkejut dengan sikap penyokong Indonesia yang ‘liar’ sehingga menyebabkan kecederaan kepada tiga orang penyokong Malaysia dan perlawanan dihentikan seketika.

BACA: Dibaling Dengan Objek Besi Dan Air Kencing, Syed Saddiq Buat Laporan Kepada Kerajaan Indonesia

Malu dengan keadaan tersebut, Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi telah melakukan permohonan kepada Malaysia secara peribadi menerusi Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq.

Bukan hanya itu, pemain pasukan Garuda turut meluahkan kekecewaan dan rasa malu mereka di atas kelakuan ekstrem dan tidak bermoral daripada penyokong Garuda selepas perlawanan berlangsung.

Sikap Penyokong Indonesia 1

Penjaga gawang Garuda, Andritany Ardhiyasa menyatakan rasa kesal beliau di atas perlaku provokasi penyokong mereka kepada tetamu iaitu kumpulan Harimau Malaya dan penyokongnya. Beliau secara jujur memberitahu, perbuatan penyokong seakan menconteng arang kepada Indonesia dan menyebabkan para pemain Garuda hilang fokus.

Manakala, Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) pula meluahkan rasa kecewa bukan hanya kerana kekalahan mereka tetapi juga pada sikap yang ditunjukkan oleh para penyokong Indonesia.

Kekecohan tersebut menyebabkan Indonesia dilaporkan sedang berada dalam pemantauan FIFA bagi proses membida hak sebagai tuan rumah Piala Dunia U-20. Indonesia juga dikatakan perlu bersedia dengan denda bermain tanpa penonton di stadium.

Sumber: CNN Indonesia

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1DQocpHMP5/