Sifatkan Bidang Geografi Dan Sejarah Tidak Dinamik, Pendapat Tun M Dibidas Netizen Sebagai Dangkal

Sumber: Buletin TTKM

Tun M sifatkan bidang Sejarah dan Geografi sebagai tidak dinamik dan tidak bergerak dengan kajian dan ilmu-ilmu baharu.

Dalam satu ciapan pada 19 Jun lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir telah melakukan membuat satu bebenang panjang mengenai pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

BACA: Tun M Masih Pertikai Pelantikan Muhyiddin Sebagai PM, Dakwa Ianya Tidak Tepati Undang-Undang

Dalam bebenang tersebut, Tun ada menyebut mengenai ketidaksamaan yang ada pada kedua bidang ini dengan bidang-bidang ilmu yang lain seperti Sejarah dan Geografi.

Menurut Tun dalam satu ciapan menerusi Twitter @chedetofficial, bidang Geografi dan Sejarah tidak berubah kerana apa yang dicatatkan tidak berubah dari masa ke semasa kerana ianya tidak dinamik dan tidak bergerak dengan kajian dan ilmu-ilmu yang baharu.

Saya Pun Tak Suka DAP, Tak Suka Anwar, Checkmate Buat Tun M Selepas Satu Lagi Ucapan Beliau Semasa MPT BERSATU Tersebar
Sumber: Head Topics

Nyata bebenang ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya mereka yang berada dalam kedua-dua bidang yang disebutkan yang mana rata-rata daripadanya menyifatkan pendapat Tun M sebagai satu pendapat yang dangkal.

Tun M sifatkan bidang Sejarah dan Geografi sebagai tidak dinamik dan tidak bergerak dengan kajian dan ilmu-ilmu baharu.

Sebagai contoh, bidang Geografi terbahagi kepada banyak sub bidang, antaranya geografi manusia dan geografi fizikal yang tidak statik sifatnya.

Agak dangkal bila ada pihak yang mendakwa geografi itu tidak mengalami sebarang perubahan dan tiada dapatan kajian yang…

Posted by Muhammad Syafiq on Saturday, June 20, 2020

Begitu juga dengan Sejarah. Apabila ada penemuan-penemuan baharu menerusi kajian, akan berlakunya perubahan pada sejarah membuktikan bahawa subjek Sejarah bukanlah sesuatu yang statik.

Penekanan kedua displin ilmu yang boleh berubah dari masa ke semasa membuktikan dakwaan Tun sangatlah wajar untuk disangkal, kerana asasnya tidak kukuh.

Tun seakan mahu menekankan aspek bidang ilmu Sains dan Matematik, namun terlupa bahawa bidang-bidang ini kesemuanya saling berkait antara satu sama lain.