Sidang Media Mood Republik Tipu Peniaga 2

Sidang Media Ini Dedah Modus Operandi Penindasan Pihak Pengurusan Mood Republik

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sidang media dedah modus operandi Mood republik.

Mood Republik terkenal sebagai satu majlis yang menghimpunkan jenama fesyen dan kecantikan popular tanah air sudah bermula pada tahun 2014. Beberapa tahun belakangan ini, Mood Republik dikaitkan dengan beberapa kes penipuan pada peniaga.

Semalam satu sidang media telah dilakukan berikutan dengan penipuan yang dilakukan kepada peniaga yang mengambil bahagian menyewa tapak di Mood Republik. Antaranya sejak tahun 2016, peniaga mengalami masalah pembatalan lokasi secara mengejut walaupun sudah membayar deposit ataupun pembayaran penuh.

Mood Republik Tipu Peniaga 3

Masalah ini berlarutan sehingga kini yang mana Mood Republik di Melaka pada bulan lalu juga turut dibatalkan tiga hari sebelum majlis bermula dan menyebabkan kerugian pada peniaga terutamanya pada mereka yang sudah menempah hotel, pengangkutan dan stok jualan.

BACA: Imigresen Tumpaskan 1,000 Ahli Sindiket Forex Warga China Di Cyberjaya

Lebih-lebih lagi jika jualan adalah daripada segi makanan dan minuman yang jangka hayatnya tidak panjang dan perlu dihabiskan dalam masa tertentu. Ada juga yang dihalang daripada masuk berniaga walaupun deposit dan pembayaran telah dibuat ataupun jika diberikan ganti rugi tapak, tidak semuanya bernasib baik.

Walaupun pembayaran sudah dilakukan, tidak semua peniaga mendapat kembali ganti rugi yang mereka yang jika dikumpulkan jumlahnya boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

Bahagian ini belum lagi termasuk dalam masalah kontraktor dan lain-lain lagi yang timbul akibat daripada pengurusan tidak telus Mood Republik.

Mood Republik Tipu Peniaga

CEO Mood Republik, Kimi Iskandar turut dilihat seperti ‘kebal’ kerana walaupun laporan polis telah dilakukan terhadap beliau.

Mood Republik Tipu Peniaga 1

Sidang media ini dibuat bukanlah kerana mahu menutup periuk nasi mereka yang berniaga di Mood Republik, sebaliknya sebagai panduan kepada peniaga agar dapat membuat keputusan yang bijak dan tidak ditindas.

Penulis bebas, Saiful Nang pada tahun 2017 turut pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Mood Republik merupakan festival nombor 1 paling biadap di Asia atas beberapa isu yang timbul.

Anda boleh baca di dua pautan di bawah:

https://www.facebook.com/snfanclub/posts/10154898068235958

 

https://www.facebook.com/snfanclub/posts/10154894392375958

Semoga masalah ini bertemu solusinya agar Mood Republik 2020 nanti dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dan isu.

Sumber: Ben Ali

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2S0SYuBpJj/