
Sibuk Desak Ajak Kahwin Hingga Prestasi Merudum, TMJ ‘Sekolahkan’ Kekasih Pemain Johor
Sibuk desak ajak kawin punca prestasi seorang pemain Johor merundum.
Terkenal dengan sifat sangat mementingkan displin, Tunku Mahkota Johor semalam telah memuat naik satu hantaran status di Instagram yang menyelar kekasih salah seorang pemainnya.
Tidak menyatakan siapa empunya diri, TMJ membidas bahawa tiada siapa yang lebih ‘besar’ daripada kelab. Disebabkan terlalu memaksa kekasihnya untuk berkahwin, prestasi pemainnya semakin merudum.
Turut memuat naik satu tangkap layar perbualan di WhatsApp, TMJ sempat ‘menyekolahkan’ individu berkenaan dengan memberikan nasihat secara sinis.
Tidak mendedahkan siapa individu berkenaan, TMJ hanya memberikan hint dengan meletakkan huruf awal pangkal nama beliau iaitu S dan M.
Agak-agak siapalah individu berkenaan yang dikaitkan dengan isu sibuk desak ajak kawin ini kan?
Tapi melihat pada hint pangkal nama yang diberikan, rasa-rasanya semua dapat agak siapakan gerangannya.
BACA: Safawi Rasid Minta Maaf, Janji Akan Tingkatkan Prestasi Permainan
TMJ sebelum ini pernah menyelar dan mengenakan denda kepada Akhyar Rasid gara-gara mencemarkan imej, jenama dan kepentingan kelab di laman sosial dengan beberapa video yang dimuat naik di laman media sosial.
Terkini, Safawi Rasid yang dikaitkan dengan insiden prestasi semakin merudum ini akibat setiap hari dipaksa untuk berkahwin oleh kekasihnya telah tampil melakukan permohonan maaf melalui laman Instagram, Safawi memberikan janji akan cuba meningkatkan tahap prestasi permainannya demi kelab.
Tidak berhenti menerima kecaman dan kritikan, Syifa menerusi hantaran status Instagram tampil mempertahankan kekasihnya dan memberitahu perbualan yang dikongsikan TMJ adalah perbualan lama.
Tidak menafikan perbuatan Safawi sebagai sesuatu yang salah, Syifa menafikan ada mendesak kekasihnya untuk berkahwin sehingga menyebabkan prestasi Safawi di dalam padang merosot.
Trending now



