Shuri Bakal Terajui Takhta Kerajaan Wakanda

Shuri bakal terajui takhta kerajaan Wakanda.

Selepas pemergian Chadwick Boseman kerana kanser usus, ramai tertanya-tanya sama ada filem Black Panther 2 yang dijangka ditayangkan pada tahun 2022 akan diteruskan atau tidak.

Hakikat pemergian Chadwick secara mengejut pada 28 Ogos lalu masih tidak boleh diterima sepenuhnya oleh peminat.

Ramai yang memohon agar Marvel tidak menggantikan watak beliau dengan pelakon lain tetapi mencadangkan agar Shuri dilantik menerajui kerajaan Wakanda.

Shuri Bakal Terajui Takhta Kerajaan Wakanda 1
Sumber: Yahoo

Ianya seperti bakal direalisasikan apabila dalam satu hantaran terbaharu di Facebook, Marvel dikatakan sedang dalam proses menggantikan Shuri, lakonan Letitia Wright sebagai peneraju takhta kerajaan Wakanda yang baharu.

Penggantian ini juga selari dengan rancangan Kevin Feige untuk mempelbagaikan MCU dalam tempoh masa terdekat.

Shuri as the next Black Panther.

Posted by The Marvel Hub on Sunday, September 6, 2020

Mengikut perancangan terdahulu, T’Challa memang akan menyerahkan takhta pemerintahannya kepada adiknya, Shuri dalam sekuel ke-3 Black Panther.

Shuri Bakal Terajui Takhta Kerajaan Wakanda
Sumber: Cheat Sheet

Chadwick yang dilaporkan meninggal dunia selepas empat tahun melawan kanser usus menyembunyikan sakitnya daripada diketahui umum kerana menyangka beliau mampu melawan kesakitannya dan filem sekuel Black Panther dapat dihasilkan dengan jaya.

BACA: Jawapan Chadwick Boseman Tentang Filem ‘Black Panther 2’ Kembali Curi Perhatian

Malah pihak Marvel sendiri mengakui mereka tidak mengetahui langsung mengenainya kerana mendiang Chadwick sendiri dilihat bersemangat untuk menjalani penggambaran bagi sekuel tersebut pada awal bulan ini.

Terdahulu, satu klip video temu bual mengenai jawapan Chadwick mengenai filem Black Panther 2 dikongsi dengan meluas di laman media sosial selepas seakan memberikan hint mengenai kesakitannya.