
‘Showtime 1958’ Kenang Kisah Perit Pembubaran Studio Jalan Ampas
Sebut sahaja Studio Jalan Ampas, pasti sudah terbayang filem klasik hitam putih yang menjadi pemacu kepada filem-filem Melayu pada zaman dahulu.
Ditubuhkan pada 1937, Studio Jalan Ampas atau turut dikenali sebagai Malay Film Productions dibubarkan setelah mengalami kejatuhan akibat daripada kemasukan filem asing yang berwarna dari Indonesia, Hongkong dan Hollywood.
Sudah menghasilkan 159 buah filem sepanjang menjalankan operasi, Studio Jalan Ampas pada mulanya menggunakan orang Cina untuk menjadi pengarah dalam pembuatan filem Melayu kemudian menggantikannya dengan pengarah India kerana gaya pengarahan mereka yang lebih cenderung kepada orang Melayu.
Diinspirasikan daripada peristiwa benar yang dikongsikan oleh Allahyarham Datuk Jamil Sulong, filem Showtime 1958 dihasilkan bagi mengenang kembali keadaan industri filem Melayu di Singapura pada ketika itu.
Memaparkan kegetiran hidup anak seni Melayu pada ketika itu, filem Showtime 1958 ini dibarisi oleh bintang-bintang baharu dan lama seperti Shah Iskandar, Amai Kamaruddin, Fatin Afifah, Bell Ngasri dan Mubarak Majid.
Telah memulakan penggambaran 17 Jun 2019, filem ini dirancang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuklah Singapura dan Brunei pada awal tahun 2020.
Untuk ikuti perkembangan terkini mengenai filem Showtime 1958, bolehlah lawati laman Facebook dan Instagram.
Dengar kata Endgame nak keluar yang baru siap tambah babak tambahan. Betul ke?
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.