ShopeeFood Rider

Shopee Sedang Cari ‘Rider’, Bakal Perkenal Khidmat Penghantaran Makanan ShopeeFood

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Shopee Sedang Cari ‘Rider’, Bakal Perkenal Khidmat Penghantaran Makanan ShopeeFood.

Shopee Malaysia kini mengorak langkah dengan memperluaskan lagi pasaran mereka dalam perkhidmatan penghantaran makanan yang dikenali sebagai ShopeeFood sekali gus menjadi pesaing baharu industri perkhidmatan penghantaran makanan di sini.

Ia susulan Shopee Malaysia mengeluarkan iklan di laman media sosial untuk mencari rakan penghantar ShopeeFood.

Buat masa ini, mereka sedang mencari ‘rider’ yang berkelayakan di dua lokasi terawal iaitu Kuala Lumpur dan Selangor.

ShopeeFood Rider

Antara syarat kelayakan yang disenaraikan:

  • Warganegara Malaysia (Kad Pengenalan Biru)
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai lesen motosikal (sekurang-kurangnya mempunyai Lesen P dan ke atas)
  • Mempunyai telefon bimbit yang menyokong peranti iOS 10 dan ke atas atau Android 4.4 dan ke atas
  • Tiada rekod jenayah lampau PDRM
  • Tiada rekod penggantungan atau larangan di platform Shopee

Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi dari Shopee – yang terkenal sebagai salah satu platform e-dagang terulung di Malaysia – mengenai sebarang usaha dalam perkhidmatan penghantaran makanan.

Sebagai info, Shopee sebelum ini telah melancarkan ShopeeFood di Indonesia pada awal tahun ini, menjadikannya sebagai pesaing kepada GrabFood dan Gojek di sana.

ShopeeFood Rider

Melalui ShopeeFood, ia akan membolehkan pengguna melakukan tempahan makanan, dan menerimanya terus di rumah sama seperti perkhidmatan penghantaran makanan yang sedia ada.

Mungkin apa yang membezakan ShopeeFood berbanding pesaingnya adalah kemampuan untuk membolehkan pelanggan membayar makanan mereka dengan menggunakan platform e-dompet ShopeePay, sangat sesuai bagi mereka yang sudah biasa dengan ekosistem Shopee.

BACA: Kerajaan Mahu Bangunkan Aplikasi E-Dagang Untuk Tandingi Lazada, Shopee Tapi Netizen Tak Yakin

Sumber: Shopee Malaysia