Shopee Lancar Jualan Durian Secara Dalam Talian Pertama Di Malaysia 2

Shopee Lancar Jualan Durian Secara Dalam Talian Pertama Di Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Shopee lancar jualan durian secara dalam talian yang pertama di Malaysia.

BACA: Harga Durian Musang King Terlalu Yahudi Meskipun ‘Lahir Dan Membesar’ Di Malaysia, Ini Sebabnya

Platform perdagangan Shopee buat julung kalinya menjalankan kerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi jualan durian secara dalam talian bermula hari ini, 15 Julai sehingga 19 Julai.

Dalam program Durian E-Fiesta ini, penggemar durian boleh memilih pelbagai jenis durian seperti Musang King, Udang Merah, D24, Hor Lor, kampung dan sebagainya.

Shopee Lancar Jualan Durian Secara Dalam Talian Pertama Di Malaysia 3
Sumber: Shopee

Malah penggemar durian Musang King juga boleh menikmati durian kegemaran mereka pada harga RM10 melalui jualan kilat Shocking Sale selain daripada baucar potongan harga RM5 dan RM20 dengan perbelanjaan minimum.

Kempen baharu penjualan secara dalam talian ini adalah salah satu daripada dorongan kepada peniaga untuk mentransformasikan perniagaan mereka.

Dalam pesta jualan ini, bukan setakat durian tetapi ada juga buah-buahan tempatan lain seperti manggis, mangga dan nanas yang dijual kepada pengguna.

Namun kempen ini hanya terhad kepada kawasan Lembah Klang sahaja bagi menjamin kesegaran buah-buahan yang akan dihantar pada hari berikutnya selepas pesanan dibuat.

Klik GAPAM ECO FARM untuk lakukan pembelian.

Tahukah anda, pemilik dusun durian di kawasan pedalaman Kelantan boleh digelar sebagai OKB (Orang Kaya Baharu) apabila berjaya meraih pendapatan sehingga RM200,000 dengan hanya menjual durian dalam pasaran tempatan?

Sumber: Astro Awani