
Sheikh Muszaphar, Siti Nurhaliza Tersenarai ‘World’s Most Admired’ Di Malaysia
Sheikh Muszaphar, Siti Nurhaliza Tersenarai ‘World’s Most Admired’ Di Malaysia.
Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza tersenarai dikedudukan teratas sebagai World’s Most Admired kategori Malaysia yang dikeluarkan portal YouGov.
Dari Januari hingga Mac tahun ini portal YouGov telah mengumpulkan pencalonan terbuka World’s Most Admired dari panelis di 42 negara dan wilayah seluruh dunia.
Menurut portal itu, kajian tahun ini adalah kajian terbesar mereka dengan lebih dari 45,000 orang di 42 negara dan wilayah ditemu ramah untuk menyusun senarai.
Menerusi carta yang disertakan, Siti Nurhaliza meraih 18.83 peratusan kekaguman bagi setiap orang di 42 negara dan wilayah di seluruh dunia untuk kategori wanita.
Selain itu, Dr Nur Amalina Che Bakri selaku tempat kedua mendapat 10.03 peratus dan diikuti Nicol David yang memperoleh 6.76 peratus.
Bagi kategori lelaki pula, Sheikh Muszaphar paling teratas merangkul 10.64 peratus, diikuti Lee Chong Wei, 8.88 peratus serta Mahathir Mohamad memperoleh 8.80 peratus.
Senarai ini berdasarkan hasil kiraan daripada gabungan respons terhadap dua soalan, sama ada responden sangat mengagumi angka tersebut dan kemudian adakah mereka adalah angka yang paling dikagumi oleh responden.

Hasil setiap negara dalam penyusunan global juga ditimbang untuk mewakili ukuran populasi negara.
Pencalonan ini mengikut kepada soalan, ‘memikirkan orang yang masih hidup di dunia hari ini, (lelaki atau wanita) yang paling anda kagumi?’
Pencalonan ini kemudian digunakan untuk menyusun senarai 20 lelaki dan 20 wanita yang mendapat pencalonan terbanyak dan dicalonkan di sekurang-kurangnya empat negara.
Respon penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu mengenai carta tersebut, beliau bersyukur dengan keputusan itu selain menyifatkan ia adalah penghargaan orang ramai terhadap dirinya.
Dr Sheikh Muszaphar berkongsi senarai itu dengan menulis kapsyen, “I’m humbled, I’m honourd. Thank you so much. Love always.”
Sumber: Sinar Plus
Trending now



