
Setuju Dengan Kenyataan Menteri, Lelaki Ini Perjelas Masalah Capaian Internet Di Malaysia
Isu mengenai masalah capaian internet di Malaysia masih berlarutan dan sering menjadi topik hangat lebih-lebih lagi apabila para pelajar terutama di luar bandar sering berdepan cabaran untuk menimba ilmu ekoran akses internet terhad sejap pandemik COVID-19 melanda negara.
Terbaharu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa memberitahu punca masalah capaian internet yang lemah di Kampung Seri Kesinai, Perlis adalah disebabkan oleh keadaan bentuk muka bumi dan kewujudan pokok-pokok tinggi di kawasan berkenaan.
Ujar Annuar, perkara tersebut dikenal pasti usai sahaja siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 21 Oktober lalu.
Bagaimanapun kenyataan tersebut menarik perhatian ramai sehingga mendapat kritikan dengan menyatakan negara-negara luar mampu mewujudkan capaian internet terbaik walaupun berada di ceruk hutan mahupun di pulau terpencil berbanding di negara ini.
Namun begitu, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Pradeesh tampil memberikan pandangan sokongan terhadap kenyataan tersebut.
Menyatakan dirinya pernah bekerja di syarikat telekomunikasi dan sedang mengambil PhD dalam bidang sains komputer, dia bersetuju bahawa faktor capaian internet lemah berpunca daripada bentuk muka.
He's not wrong. I've worked in telcos – this is the reason. Same goes for NZ. Phone coverage is shit especially when you hike/camp. That's why you carry a GPS/special tracker for emergencies https://t.co/mZSBXlJc5y
— Pradeesh π²πΎπ΄ (@prasys) October 26, 2021
Pradeesh juga memberikan contoh situasi jika seseorang itu menjalani aktiviti mendaki, perlu membawa GPS atau alat pengesan khas.
Dalam pada itu, dia turut menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor seperti keadaan atmosfera, litupan awan, halangan seperti buatan daripada manusia (bangunan) dan pokok tebal juga boleh menjejaskan isyarat telefon.
“Cuba dengan WiFi anda. Letakkannya berhampiran microwave dan panaskan sesuatu (pada 2.4ghz)…Beritahu saya bagaimana kelajuan internet anda.”
Ujarnya, walaupun negara luar contohnya Perancis yang sudah melancarkan rangkaian 5G, hakikatnya masih terdapat ‘zon mati’ di beberapa kawasan.
Dalam pada itu, dia menemplak segelintir golongan yang mempunyai tanggapan bahawa 5G boleh menyebabkan kanser.
Also when telcos want to install towards. You guys go like "eh nanti dapat cancer lah. Tak nak duduk dekat dengan tower la" – got soo many of these cases https://t.co/Cd2pDoeGeJ
— Pradeesh π²πΎπ΄ (@prasys) October 26, 2021
Disoal mengenai perbezaan perkhidmatan telco di sesuatu kawasan, Pradeesh mengemukakan jawapan keadaan itu berdasarkan bayaran sewa atau pajakan.
Selain itu, punca sesetengah kawasan bandar seperti di Lembah Klang masih tidak mendapat liputan internet yang kuat berpunca daripada kesesakan dan pembinaan bangunan-bangunan.
This is caused by congrstion. A cell tower can only support soo many people. Also as we build more high rise building – we also need repeaters https://t.co/ZS3hmHL4XU
— Pradeesh π²πΎπ΄ (@prasys) October 26, 2021
Maaf saya faham perasaan saudara- sebab saya duduk jauh – saya pun rindu keluarga saya
Benda ni jadi sebab rumah saudara ni betul-betul kat dead spot – kalau diaorang ubah tower – nanti orang lain pulak x dpt – so telco kena choose 1 or 100 ppl https://t.co/ghspDxGoaA— Pradeesh π²πΎπ΄ (@prasys) October 27, 2021
Dia juga menyatakan pandangan pembinaan banyak menara telco juga tidak dapat menyelesaikan masalah ini atas faktor yang pelbagai, misalnya perancangan bandar yang tidak teratur di negara ini.
Menurutnya, solusi untuk permasalahan ini boleh dilakukan dengan cara kementerian bekerjasama dengan syarikat Starlink milik Elon Musk yang menawarkan internet buat pengguna seluruh dunia menggunakan sambungan daripada satelit.
Apa pandangan anda tentang isu ini?
Trending now



