
Seth Rogen Serik Berlakon Bersama James Franco, Ini Punca Sebenarnya
Umpama Stephen Chow dan mendiang Ng Man Tat, mereka berdua amat serasi digandingkan bersama. Ini dapat dilihat dalam filem-filem komedi seperti Pineapple Express (2008), This Is The End (2013), The Interview (2014) dan The Disaster Artist (2017).
Ketika Israel sedang sibuk membedil Masjid Al-Aqsa di bulan Ramadan yang mulia ini, rasanya tidak perlulah kita ambil peduli sangat apa nak jadi dengan kedua-dua pelakon berbangsa Yahudi ni, kan?
Ok, cukup sekadar untuk saja-saja nak ambil tahu. Dalam sesi temubual bersama The Sunday Times, Seth Rogen dikhabarkan sudah tidak mahu lagi bekerja dengan James Franco disebabkan beberapa skandal gangguan seksual yang dihadapinya pada tahun 2014 dan 2018.

Pada mulanya, Rogen diminta mengulas mengenai insiden yang melibatkan pelakon Charlyne Yi yang menuduh Franco sebagai pemangsa seksual ketika penggambaran The Disaster Artist.
“Apa yang dapat saya katakan adalah, saya amat membenci sebarang bentuk penderaan dan gangguan dan saya tidak akan menutup atau menyembunyikan tindakan orang yang pernah melakukannya, atau dengan sengaja meletakkan seseorang yang lain berada di dalam situasi di mana mereka terpaksa berdepan dengan orang yang berkelakuan seperti itu,” jawab Seth Rogen.
Pada bulan Februari 2021, Franco turut didapati telah menyelesaikan tuntutan mahkamah yang melibatkan tuduhan gangguan seksual beberapa orang bekas pelajar kelas lakonannya.

Walaupun sebelum ini, Rogen sering dipetik sebagai sentiasa menyokong sahabatnya itu, namun akhirnya kali ini beliau seolah-olah telah menukar pendirian.
“Saya juga ingin mengulas kembali tentang temubual ketika 2018 yang lalu di mana saya telah memberi komen bahawa saya akan terus bekerja dengan James, tapi hakikatnya saya tidak melakukannya pada masa sekarang dan tidak merancangnya untuk masa akan datang,” jawab Seth Rogen lagi.
Kesimpulannya, kaum Yahudi memang suka putar belit dan tidak wajar dipercayai.
Sumber: JoBlo.com