Foto Editor Odisi

Sesak Teruk, Terpaksa Beratur Tunggu Giliran Hingga Lebih 8 Jam, KKM Digesa Perbaiki Mutu Perkhidmatan Di Hospital Kerajaan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai netizen meluahkan rasa marah dan tidak puas hati dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) buat masa ini.

Dari gambar-gambar yang dihantar di laman Facebook Asal Gombak semalam, kelihatan orang ramai termasuk warga emas dan mereka yang berkerusi roda terpaksa beratur panjang di sebuah hospital.

Hantaran yang bertajuk BERATUR PANJANG DI HOSPITAL KUALA LUMPUR tersebut turut menasihatkan orang ramai untuk datang lebih awal kerana Garis Panduan & Operasi Standard (SOP) dan pendaftaran yang mengambil masa lebih lama.

Pengirim asal hantaran tersebut turut memaklumkan orang ramai dikehendaki beratur panjang hingga ke pintu gerbang dan barisan yang terbentuk diumpamakan dah ‘macam ular’.

Tangkap layar dari Facebook Asal Gombak
– Tangkap layar dari Facebook Asal Gombak

Tidak menyalahkan mana-mana pihak secara langsung, namun di ruangan komen, netizen turut berkongsi pengalaman dan kejadian sama yang turut berlaku di sekitar hospital kerajaan yang lain.

Antara nama hospital yang dipetik ialah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tunku Azizah (HWKK), Kompleks Pakar & Rawatan Harian (SCACC), Institut Perubatan Respiratori (IPR), Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Shah Alam dan termasuk juga Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.

Yup betul, pagi tadi pukul 3 pagi anak demam hantar HKL. Lepas tu nurse kat kaunter tu cakap, boleh kalau nak jumpa doktor, tapi kena tunggu 5-6 jam baru dapat jumpa doktor. Sebelum tu, ada pesakit juga demam. Dia tunggu dari pukul 9 malam sampailah pukul 3 pagi. Tu tak masuk lagi jumpa doktor.” Helmy Ayen

“Memang betul. Saya pun pernah alami. Pukul 12 malam sampai pukul 6 pagi baru dapat panggilan. Tu pun nak kena jumpa doktor pakar, dia suruh datang pukul 9 pagi pulak. Memang tak tidurlah jawabnya.” Rosy Sabila

“Hospital Selayang pun sama. Abang saya dari semalam sampai sekarang tak dapat katil, ward penuh…. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami semua.. Amin.” Waa Tiey

“Hospital Serdang also same. Semalam 6.50am pun dah panjang macam ni.” Norhashima Md Zain

BACA: Wanita Bersalin Sendirian Di Hospital, Penjelasan JKNJ Buat Netizen Tidak Puas Hati

“Ni bahagian Klinik Pakar, kalau hari biasa kat dalam memang penuh dan sesak. Mungkin pihak hospital buat langkah pencegahan awal memandangkan kes sedang meningkat naik.” Ahmad Shahir

“Memang macam ni. Ini di bangunan pakar. Temujanji dengan pakar. Ni baru beratur nak scan, tunggu lif. Belum lagi tunggu turn nak jumpa doktor. Lepas tu, tunggu pula turn nak ambil ubat.

Tapi HKL saya puji, dari segi rawatan untuk pesakit luar, terbaik. Bab menunggu jelah kena sabar banyak.” Hanna Ibrahim

“HUKM pun sama. Last month abah pergi check up buah pinggang. Dari 8:30am sampai 5:30pm baru setel. Dengan tak makan, tak baring. Untuk warga emas 76 tahun memang memenatkan. Balik-balik, kaki bengkak dah sebab buah pinggang, kan? Bulan ni tak pergi pun. Sepatutnya Khamis ni, abah tak larat dah. Serik. Kami nak try tukarkan ke Hospital Selayang. Sebab bagi kami, sistem sana bagus untuk pakar. Ada nombor khas untuk warga emas dan wanita sarat mengandung.” Saya Nana

BACA: Menderita Dipaksa Bersalin Normal Sampai Hilang 6 Liter Darah, Jururawat Pula Tuduh Wanita Ini ‘Kuat Drama’

“Ya ke sis? Saya rasa semua hospital sama. Hari tu saya pergi Hospital Selayang pukul 8.30 pagi, pukul 4.00 petang baru jumpa doktor. Keluar dari jumpa doktor, tengok klinik cuma tinggal beberapa orang lagi pesakit yang belum dipanggil. Dia orang pun dah kemas-kemas nak balik.

Saya pergi time ni tengah mengandung. Dengan tak makannya dari pagi. Dahlah pukul 1 tengah hari dia orang rehat tak bagi tahu. Saya dengan ada beberapa orang pesakit tunggu je nombor dipanggil. Tanya dekat kaunter, lama lagi ke? Dia orang suruh tunggu dulu.

Kalau tengah rehat bagitahulah. Kita orang pun bolehlah pergi beli makanan juga. Lepas tu pukul 2 dah masuk pesakit lain selepas dia orang rehat. So, makin ramailah. Dengan pesakit turn pagi pun belum habis, masuk pula pesakit petang.” Nazirah Tajie

“Saya Hospital Shah Alam pun daftar saja 2 jam lebih. Orang macam semut.” Ramiza Murni Razali

“Hari tu teman adik ambil ubat dari 9 pagi sampai 11 malam. Kematu buntut rasanya. Aduh..aku yang sihat ni rasa semput menunggu. Apatah lagi yang dah memang sakit.” Zuwairi Azwan

Slow hospital kerajaan. Pergi klinik semalam, pukul 4 dah tak ambil orang dah. Katanya dah nak tutup. Kemas-kemas tutup pukul 5, pukul 4 dah tak ambil orang. Jumpa dari 10 minit, nak ambil ubat 15 minit, katanya. Berkira sampai macam tu. Tepat pukul 5 tutup pintu.” Md Jashim

“Mana-mana hospital awam di Lembah Klang ni macam tulah! Kesian pada orang tua berdiri lama. Yang muda pun rasa nak pitam beratur berjam-jam.” Zuriyati Ramly

“Bilalah kerajaan #kkmmalaysia boleh memudahkan cara untuk rakyat. Dah tahun 2022 kot? Masih juga gaya slownya. Nak ikut SOP ke or nak ikut gaya kerja yang tak pernah berubah sebenarnya ni? Yang sakit bertambah teruk sakit bila tunggu lama-lama macam ni.” Dura Ibrahim

Sumber: Asal Gombak