
Serpihan Roket Long March 5B Milik China Dilapor Terhempas Di Lautan Hindi
Sejak roket Long March 5B yang dilancarkan Khamis lalu oleh China dilaporkan gagal dikawal, penduduk dunia sentiasa menantikan perkembangan terbaharu mengenainya menerusi video live tracking yang ada di internet.
Selepas beberapa hari, akhirnya spekulasi di mana ianya akan mendarat terjawab apabila serpihan dengan berat beberapa tan itu dilaporkan telah terhempas di Lautan Hindi.
Sebelum ini, pakar negara Barat meluahkan kebimbangan ianya akan terhempas di kawasan penempatan penduduk. Namun Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan bahawa ianya akan terhempas di Lautan Pasifik selepas melalui kawasan bandar di timur Amerika Syarikat.
BACA: Serpihan Roket China Dijangka Terhempas Ke Bumi Hujung Minggu Ini Selepas Gagal Dikawal
Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah kali pertama roket Long March 5B yang dilancarkan China terhempas di Bumi.
Pada Mei 2020, serpihan roket pertama Long March 5B telah terhempas di Ivory Coast, negara yang terletak di pantai selatan Afrika Barat sehingga menyebabkan kerosakan pada beberapa buah bangunan.

Roket Long March 5B merupakan salah impian China untuk menjelajah ruang angkasa dalam masa terdekat bermula daripada modul penyampaian teras sehinggalah kepada pelancaran siasatan eksplorasi bulan dan Marikh.
Long March masuk ke bumi. Apa yang harus kita tahu? Baca di sini:
https://www.facebook.com/apadilangit/photos/a.575700472793196/1412639045765997
Sumber: The Guardian