
Serlah Gaya Kreatif Dengan KISS NEW YORK Dan Berpeluang Menangi Wang Tunai Hingga RM42,000
Serlah gaya kreatif dengan KISS NEW YORK dan berpeluang menangi hadiah wang tunai sehingga RM42,000!
Jenama produk kecantikan kegemaran wanita, KISS NEW YORK telah menjalinkan kerjasama dengan pengeluarkan produk tempatan, Yap International Trading Sdn. Bhd bagi mencari KISS NEW YORK LADY 2020 di Malaysia.
BACA: Kedai Kosmetik NYX Umum Tutup Semua Cawangan Di Malaysia Dengan Tawaran Diskaun 80%
Mencari individu yang mampu menonjolkan sifat-sifat kecantikan, fesyen, kreativiti dan keyakinan dengan menggunakan jenama KISS NEW YORK, mereka yang terpilih bukan sahaja berpeluang memenangi hadiah wang tunai USD10,000 (+-RM42,488) dan mengunjungi KISS NEW YORK LADY di New York, Amerika Syarikat.
Bukan itu sahaja, pemenang juga akan dibawa melancong ke tempat pelancongan menarik, merakam video promosi yang menarik selain daripada akan menghadiri minggu fesyen bersama juara dari negara-negara lain kerana aktiviti pencarian jelitawan ini akan dijalankan serentak secara sepenuhnya pada Ogos di Malaysia, Singapura, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Vietnam, Myanmar, Indonesia, Thailad dan Mongolia.
Di antara Ogos hingga Disember, 20 peserta KISS NEW YORK LADY 2020 akan dipilih setiap bulan dan juara bulanan layak ke peringkat akhir yang akan dijalankan pada Januari 2021 secara automatik. Juara bulanan juga akan memenangi wang tunai sebanyak USD1,000, manakala sembilan yang lain akan menerima hadiah berbentuk peralatan rambut.
KISS NEW YORK merupakan jenama yang menerapkan keyakinan seperti warga New York, gaya fesyen New York yang tampil pintar, bergaya dan aktif dalam produk kosmetik keluaran mereka.
Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas, anda boleh menyerlahkan semangat kreativiti, fesyen, kecantikan dan keyakinan melalui muat naik video atau gambar di laman media sosial peribadi seperti Facebook, Instagram bersama sebarang produk KISS NEW YORK yang boleh didapati di kedai farmasi dan kecantikan Guardian dengan tanda pagar #kissnewyork, #Kissnewyorklady dan #kissnewyorklady_malaysia.
Jangan lupa sertakan sekali perkongsian atau komen anda selepas menggunakan produk KISS NEW YORK di laman web rasmi www.kissnewyorklady.com.
Untuk maklumat lanjut bolehlah layari laman web rasmi KISS NEW YORK LADY.