
Sering Muncul Di Filem Hollywood, Taco Bell Malaysia Akhirnya Dibuka 2 April Ini
Selepas penantian selama berbulan-bulan, restoran fast food yang sering muncul dalam filem-filem Hollywood, Taco Bell akhirnya sah akan dibuka di Malaysia pada 2 April ini.
Sebelum ni tengok Taco Bell dalam TV je. Tak sangka dah ada kat depan mata.
Taco Bell akan dibuka pada Jumaat depan, 2 April 2021 di Cyberjaya. #LiveKawKaw pic.twitter.com/DlF2eYj1Nz
— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) March 23, 2021
Sudah mengintai peluang untuk meluaskan pasaran di Asia Pasifik, Cottage Walk, Cyberjaya menjadi lokasi pilihan Taco Bell menapak di Malaysia.

BACA: Bagaimana Jollibee Mampu ‘Takluk’ Pasaran Makanan Segera Di Filipina Berbanding McDonald’
Selain Malaysia, Taco Bell juga merancang untuk membuka operasi mereka di negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia, Myanmar, Vietnam dan Laos.
Kredit: @Twt_Cyberjaya
Sejak daripada diperkenalkan pada tahun 1962, Taco Bell sudah pun mempunyai lebih daripada 7,000 cawangan di Amerika Syarikat.
Kenapa rakyat Amerika Syarikat sukakan jenama Taco Bell?
Video: https://www.youtube.com/watch?v=_eQ2Dry2R_8
Bercerita mengenai Taco Bell, kita tidak boleh melupakan mengenai Jollibee yang berjaya menakluk pasaran Filipina.
Biarpun cawangan restoran makanan segera McDonald’s sudah menghampiri 40,000 di dunia, di Filipina ianya kurang menjadi perhatian rakyat negara tersebut. Sebaliknya, restoran makanan segera keluaran anak tempatan Filipina iaitu Jollibee yang mendapat tempat dan perhatian sejak dari ianya mula dibuka pada 1987 sehinggalah sekarang.
Walaupun McDonald’s memasuki pasaran Filipina, namun bilangan cawangan mereka hanya lebih kurang separuh daripada bilangan cawangan Jollibee.
Bermula hanya daripada sebuah gerai aiskrim ke sebuah restoran dengan beribu cawangan, banyak perkara yang boleh perniagaan lain contohu restoran yang diasaskan oleh jutawan, Tony Tak Caktiong ini.