
Sering Kena ‘Spam’ Dan Diganggu Oleh Ejen Jualan? Ini Cara Bagaimana Nak ‘Ajar’ Mereka
Pada hari ini, didapati terdapat ramai ‘telemarketer’, ejen jualan produk, unit amanah, insurans, takaful dan macam-macam lagi yang sering mengganggu kehidupan seharian serta tidak menghormati privasi orang lain.
Walaupun mereka juga hanya mencari rezeki yang halal, adalah menjadi kesalahan sekiranya data pelanggan yang berpotensi ini diperolehi oleh mereka dengan cara yang menyalahi akta Personal Data Protection Act (PDPA).
Satu perkongsian telah dibuat oleh ZaYed Zulfikli di Facebooknya berikut bagi mengajak orang ramai agar segera membuat laporan supaya tindakan dapat diambil seterusnya dapat memberhentikan gangguan panggilan-panggilan seperti ini di masa akan datang.
Personal Data Protection Act
Ramai orang telah melanggar akta ini. Antaranya unit trust ejen, ejen insurance/takaful, ejen hartanah dan pelbagai lagi.
Kalau kita selalu terima panggilan dari unit trust ejen kata nak buat appointment untuk melabur. Tanya mana dia dapat nombor kita? Dia kata referral. Referral waklu. Siapa referral tuh? Bila mintak, ada lah. Declare who you get referral from. Referral pun bukan boleh suka-suka hati bagi nombor orang lain.
Nasihat aku, kalau korang dapat ni, amik nama penuh, nama agensi. Buat report: bukan sahaja agensi kena warning atau dikenakan tindakan, ejen pun boleh dipecat.
Dua kesalahan:
- Melanggar tatacara etika syarikat
- Melanggar PDPA
– dengan membeli atau menjual data untuk tujuan kepentingan peribadi personal own benefit.
Dah kena pecat dengan syarikat, tidak menjamin kita akan terlepas PDPA yang menyebab didenda ratusan ribu atau penjara 1-3 tahun atau kedua-duanya sekali. Mungkin ingat kita dah kawtim dengan mangsa. Undang-undang tetap undang-undang.
Kes pernah berlaku di institusi kerajaan, jual data dan maklumat pelanggan seperti EPF atau SOCSO.
Pihak polis walaupun untuk tujuan siasatan, tak boleh sewenang-wenangnya guna EPF atau LHDN to check your last known address. Mereka hanya boleh berbuat demikian sekiranya mendapat perintah mahkamah. Ini kan pulak ejen-ejen di luar sana.
Jangan suka-suka hati blast WhatsApp atau spamming WhatsApp orang. Hang dapat nombor tuh dari mana?
Bila dah kena tindakan undang-undang atau dipecat, jangan meroyan lah.
BACA: Tip Kenal Pasti Sama Ada Terima Panggilan Daripada Pihak Bank Atau ‘Scammer’
Sumber: ZaYed Zulfikli