Anjing Pekerja Hyundai

Sering Datang ‘Berjaga’, Jenama Kereta Terkemuka Ini Ambil Seekor Anjing Jalanan Jadi Pekerja

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Terdapat sejumlah besar kucing dan anjing liar yang tinggal di jalanan. Walaupun ramai individu dan organisasi yang bekerja keras menghulurkan bantuan memberikan kehidupan yang lebih baik untuk haiwan-haiwan terbiar ini, namun segelintirnya tidak bersikap sedemikian.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang haiwan-haiwan jalanan ini terus dibenci manusia. Sebuah bilik pameran syarikat kereta Hyundai di Brazil menjadi bualan hangat netizen seluruh dunia kerana ‘melantik’ seekor anjing jalanan sebagai pekerja mereka.

Anjing jalanan itu diambil dan diberi nama Tuscon Prime turut mempunyai laman Instagram dengan yang kini mempunyai 41 ribu pengikut. Tuscon menjai bualan hangat di media tempatan selepas berita tentang ‘kerja baharunya’ itu tular di media sosial.

Anjing Pekerja Hyundai

“Anak anjing ini berkeliaran setiap hari di luar agensi Hyundai, sehingga suatu hari pekerja memutuskan untuk mengambilnya sebagai sebahagian anggota pasukan,” tulis sebuah hantaran di Facebook.

Hantaran tersebut telah dikongsi oleh banyak pihak, termasuk selebriti yang mendesak orang ramai agar bersikap baik terhadap anjing liar.

Difahamkan, anjing itu telah pun dibela pada akhir Mei tetapi menjadi bualan hangat minggu ini selepas akaun rasmi Instagram Hyundai Brazil memuat naik foto ‘pawfessional consultant’ itu.

https://www.instagram.com/p/CDcvJIsnXAg/

Hantaran tersebut turut bersempena Dia do Vira-Lata, hari yang dikhaskan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menyelamatkan dan memungut haiwan jalanan.

Pada awalnya, Tuscon hanya diberi perlindungan tetapi cawangan Hyundai itu melihat kemampuannya ‘menyapa’ dan berinteraksi dengan pelanggan membuatkan mereka ‘melantik’ untuk dijadikan pekerja.

Kehadiran Tuscon dianggap membawa tuah di cawangan itu selepas menerima reaksi positif daripada pelanggan dan persekitaran pula semakin bertambah baik. Kata Pengurus cawangan itu, ramai pelanggan kembali semula untuk bertemu dengan Tuscon dan memberinya cenderahati atas sifat penyayang dan manja anjing itu.

Tuscon juga bakal menjadi muka depan iklan nasional Hyundai!

Sumber: Indian Express