#MansuhTouchNGo

Sering Bermasalah Punca Netizen Lancar Kempen #MansuhTouchNGo

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bermula hari ini (5 November 2019), PLUS Malaysia Berhad memutuskan untuk menutup perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go (TnG) di semua lorong keluar di plaza tol di lebuh raya seliaannya.

Ia bertujuan membantu melancarkan perjalanan pelanggan serta mengurangkan kesesakan di plaza tol ketika keluar dari lebuh raya. Bagaimanapun, langkah ini nampaknya memberi pelbagai reaksi netizen kerana ia dianggap lebih menyusahkan orang ramai untuk mencari pusat tambah nilai yang disediakan oleh TnG jika dalam situasi terdesak.

Oleh sebab itu, netizen telah melancarkan kempen bagi menghapuskan sistem TnG yang dianggap tidak lagi sesuai digunakan dan menyusahkan serta perlu caj tambahan apabila ingin menambah nilai. Kempen #MansuhTouchNGO kini menjadi trending di Twitter sejak semalam.

Sebelum ini, PLUS mahu menggunakan sistem RFID yang membolehkan pengguna membayar melalui TnG dan kad kredit atau kad kredit, tetapi tidak disenangi oleh CIMB Group Holdings Berhad yang memiliki pegangan saham majoriti 52% TnG. Pengenalan sistem RFID oleh PLUS dikatakan telah melanggar perjanjian konsesi yang telah dimeterai sejak 1998.

Sistem RFID TnG mempunyai sambungan dengan e-dompet Touch ‘n Go, manakala sistem RFID PLUS menggunakan kad debit dan kredit pengguna dengan melakukan pembayar tol secara terus dari akaun bank mereka.

Justeru, pengguna membantah dan mempersoalkan mengapa tidak menggunakan kaedah lain seperti Pay Wave yang tidak membabitkan bayaran tambahan berbanding kaedah sekarang.

Dengan pelancaran kempen ini di media sosial, netizen berharap kerajaan mengambil tindakan terhadap syarikat terbabit yang mengamalkan monopoli dan tidak menghiraukan kemaslahatan pengguna.

https://twitter.com/InjangNation/status/1191203198523981824

#MansuhTouchNGo
Sumber: Twitter
#MansuhTouchNGo
Sumber: Twitter