
Serie A Bakal Dapat Lesen Penuh Dalam eFootball PES 2020
Waktu kini merupakan waktu yang cukup sengit buat dua siri permainan video bola sepak iaitu eFootball PES 2020 dan juga FIFA kerana keduanya bersaing untuk mendapatkan lesen bagi pasukan-pasukan utaman di dunia.
Liga utama Itali, Serie A telah diumumkan oleh Konami akan mendapat lesen penuh untuk PES 2020 yang mana mereka dibenarkan untuk menggunakan nama rasmi dan logo Serie A termasuklah semua kelab di dalamnya yang akan dibawakan secara rasmi.
We are incredibly excited to OFFICIALLY reveal that the Italian @SerieA League will be FULLY LICENSED in #eFootballPES2020! 🇮🇹🙌
The new license brings the Serie A logo, trophy and associated badges in game! 🔥🔥🔥 #PlayingIsBelieving #gamescom2019 pic.twitter.com/ZozCdrAcJG
— eFootball (@play_eFootball) August 19, 2019
Ini bermakna para pemain kini akan meraikan kemenangan gelaran Coppa Italia dan Serie A dalam Liga Master dan mod permainan PES yang lain.
Dahulunya dalam PES 2019, semua kelab daripada Serie A ditampilkan dengan nama rasmi kecuali Juventus yang kemudiannya nama dan logo Serie A itu tidak dibenarkan untuk digunakan, sebaliknya hanya meletakkan ‘Italian League’.
Namun begitu, penampilan Serie A dalam PES 2020 tidak eksklusif, kerana nama rasmi dan logo Serie A tetap akan digunakan dalam FIFA 2020 serta kesemua nama rasmi kelab didalanya kecuali Juventus.
FIFA 20 yang akan dilancarkan pada 27 September 2019 adalah untuk PC, PS4, dan Xbox One, manakala eFootball PES 2020 turut dilancarkan untuk yang sama pada 10 September 2019.
Sumber: Real Sport, Jom Gaming
Siapa tak pernah makan memang pelik.
Mat Salleh elak makan keropok Durian
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.