
‘Serba Tak Kena, Rasa Gelisah Dari Kepala Sampai Kaki’ Doktor Ini Kongsi Rasa Diserang ‘Anxiety Attack’
Kesihatan mental bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil sebagai perkara remeh. Kesedaran masyarakat yang masih lagi kurang mengenai kesihatan mental ini menjadikan mereka yang mengalami sakit ini dipandang serong.
BACA: Zynakal Kongsi Kisah Kontroversi, Akui Alami ‘Mental Torture’ Sewaktu Kecil Sehingga Berdendam
Kekurangan pengetahuan juga menjadikan masyarakat tidak tahu apa sebenarnya yang pesakit masalah kesihatan ini alami. Bagi orang luar yang kurang memahami, pasti ramai yang tidak tahu kesengsaraan sebenar apabila gangguan ini datang menyerang pesakit mental.
BACA: Keluang Man Dan Joker, Dua Karakter Bawa Sisi Berbeza Tentang ‘Mental Illness’
Seorang penulis Sains yang juga berkelulusan doktor perubatan, Dr Onn Azli Puade yang didiagnosis menghidapi Generalized Anxiety Disorder dan Major Depressive Disorder lebih kurang empat tahun lalu telah berkongsi pengalaman beliau diserang dengan gangguan kecemasan atau anxiety attack baru-baru ini.
Anxiety attack ini tak sakit secara fizikal tetapi rasanya terlampau teruk dan akan memakan diri daripada dalam sehingga menyebabkan seseorang itu hilang kawalan dan cenderung melakukan yang pelik-pelik.
Minda seakan dikuasai satu kuasa yang menekan dan memaksa kaki untuk bergerak tanpa henti, rasa gelisah dapat dirasakan dari kepala hingga ke kaki.
Daripada duduk, berdiri sampailah berbaring, semuanya rasa tidak kena.
Lafaz zikir tak henti di mulut, dari jam 9 malam hingga ke waktu solat Subuh. Pernafasan laju, kaki bergerak tanpa henti, fokus hilang.
Anxiety attack bukan satu benda yang boleh dibuat main. Jangan kerana mahukan populariti, ada yang sanggup melakukan pembohongan bahawa diri mereka juga pesakit.
Jika anda terkena serangan seperti ini, bolehlah dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan atau pun jika anda perlukan tempat untuk meluah perasaan, bolehlah hubungi talian Befriender secara percuma di talian 03-79568145.
Sumber: Ilzanno Sharky
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2VL_q3nYBG/