
Serba Salah Masjid Terkena Simbahan Cecair Biru, Kumpulan Demontrasi HK Jalankan Aktiviti Gotong-Royong
Protes yang berlaku di Hong Kong bermula pertengahan Jun lalu dilihat seakan tiada penghujungnya. Daripada protes di stesen keretapi dibawa ke lapangan terbang dan jalan-jalan besar sehinggalah menyebabkan beberapa operasi perkhidmatan di bandar lumpuh.
Dalam kejadian ini, sekumpulan besar pihak keselamatan telah diarahkan untuk meleraikan demonstrasi yang dijalankan oleh kumpulan ini menggunakan tembakan gas pemedih mata serta bom cecair biru.
Namun dalam kejadian terbaru, sebuah masjid di Hong Kong, Masjid Kowloon menjadi kotor apabila terkena cecair biru yang ditargetkan kepada kumpulan demonstrasi oleh pihak keselamatan.
Semburan yang tersasar pada Masjid Kowloon yang juga merupakan pusat keagamaan agama Islam di sana telah mencemarkan kawasan pagar utama dan beberapa anak tangga.
Sejurus dari kejadian tersebut, pemimpin Hong Kong, Carrie Lam dikatakan telah bertemu dengan Ketua Imam Muhammad Arshad bagi melakukan permohonan maaf yang kemudiannya diterima baik Muhammad Arshad yang memohon agar mereka agar lebih menghormati kebebasan beragama dan berharap agar dapat tinggal dengan aman di Hong Kong.
Susulan ditimpa rasa serba salah, kumpulan demonstrasi itu kemudiannya melakukan gotong-royong membersihkan kawasan yang terkena semburan bersama-sama dengan pekerja pembersihan sebagai tanda memohon maaf.
Kejadian demontrasi oleh kumpulan demonstrasi Hong Kong ini adalah disebabkan rasa marah berikutan Rang Undang-Undang ekstradisi yang digantung dan membolehkan orang di bandar Hong Kong dihantar ke Tanah Besar China bagi dibicarakan di mahkamah yang dikendalikan oleh Parti Komunis.
Protes ini berlaku selepas Hong Kong kembali semula ke negara China di bawah kaedah ‘satu negara, dua sistem’ yang membenarkan kebebasan seperti hak untuk membantah dan mempunyai sistem perundangan bebas sudah lagi tidak boleh mereka nikmati.
Sumber: HKFP
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2S7H5InPqG/