
Serang Dalam Tren, Lelaki Ini Mahu Bunuh Wanita Yang ‘Kelihatan Bahagia’
Serang Dalam Tren, Lelaki Ini Mahu Bunuh Wanita Yang ‘Kelihatan Bahagia’.
“Saya terasa macam nak bunuh sahaja wanita yang kelihatan bahagia sekitar enam tahun lalu. Siapa-siapa sahaja boleh. Saya cuma nak bunuh seberapa banyak orang.”
Demikian pengakuan seorang lelaki yang ditahan selepas melakukan serangan dengan bersenjatakan pisau ketika berada di dalam tren di Tokyo Jumaat lalu.
Suspek, Yusuke Tsushima diberkas polis di kawasan lain di sekitar Tokyo selepas menikam orang awam dalam serangan sekitar 8.40 malam waktu tempatan di antara stesen Seijogakuen-mae dan stesen Soshigaya-Okura di Setagaya Ward.
Stesen berkenaan hanya beberapa kilometer dari stadium Olimpik Tokyo 2020, di mana temasya sukan itu secara rasmi ditutup pada malam 8 Ogos.
Menurut laporan, lelaki yang berusia 36 tahun itu telah mencederakan 10 orang cedera termasuk seorang wanita berusia 20-an, yang cedera dengan beberapa luka tikaman di dada dan bahagian belakang badannya.
Dia memberitahu polis bahawa dia berasa marah setiap kali terlihat wanita yang kelihatan bahagia dan mahu membunuh mereka.
Laporan menyatakan suspek menikam seorang wanita yang kebetulan duduk berhampiran dengannya di dalam tren. Katanya, dia memilih melakukan serangan di dalam tren kerana mempunyai kesempatan untuk membunuh ramai orang.

Suspek juga membawa minyak masak dan pemetik api dipercayai untuk melakukan pembakaran di dalam tren.
Ketika kejadian, saksi di stesen berkenaan melihat penumpang yang panik keluar dari tren. Ada penumpang yang berlumuran darah dan pengumuman dibuat meminta doktor di dalam tren dan penumpang untuk membantu.
https://twitter.com/BNewsTop/status/1423676997348347905
Jenayah ganas bukan satu kebiasaan di Jepun tetapi terdapat serangan melibatkan senjata pisau oleh penyerang yang tidak dikenali mangsa.
Pada Jun 2008, seorang lelaki dalam trak merempuh pejalan kaki di kawasan terkenal Akihabara sebelum meloncat keluar dari kenderaan tersebut dan menikam mereka dengan tujuh orang dilaporkan mati akibat kejadian ngeri itu.
BACA: Dijatuhi Hukuman Mati, Kisah Lelaki Digelar ‘Twitter Killer’ Yang Pernah Gemparkan Jepun
Sumber: Asahi