
Seramai 147 Perokok ‘Kantoi’ Gara-Gara Penguat Kuasa Pakai ‘Kamera Badan’
Menurut laporan BERNAMA, sebanyak 147 notis kesalahan larangan merokok telah dikeluarkan hasil dari 10 operasi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar ibu negara dan Putrajaya sejak 12 Disember.
Dalam Operasi Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dan Ops Rakam Asap Tembakau tersebut, dilaporkan anggota-anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah pun mula mengaplikasikan penggunaan kamera badan.
Rakaman video dan gambar yang direkodkan akan digunakan sebagai bahan bukti kesalahan dan sokongan keterangan selain menjaga keselamatan dan memelihara integriti anggota penguat kuasa.
Menurut Pengarah jabatan tersebut, Dr Nor’Aishah Abu Bakar, 140 notis dikeluarkan bagi kesalahan pelanggaran Peraturan 11(1) PPKHT 2004 iaitu merokok di tempat larangan.
“Sebanyak tujuh notis dikeluarkan bagi pelanggaran Peraturan 13 PPKHT 2004 iaitu bagi kesalahan larangan merokok, mengunyah, membeli atau memiliki apa-apa hasil tembakau oleh Orang Belum Dewasa (OBD),” jelasnya.
Tambahnya lagi, penguatkuasaan kepada pematuhan larangan merokok di bawah PPKHT 2004 di pusat membeli belah, hentian awam dan tempat makan di Kuala Lumpur serta Putrajaya akan terus dijalankan dari semasa ke semasa.
BACA: Pak Cik Ini Berjaya Buktikan ‘Merokok Membahayakan Kesihatan’ Hanyalah Satu Mitos?
Sumber: BERNAMA
Trending now



