Terbang dari Perancis ke England

Seperti Adiwira, Pencipta Hoverboard Terbang Dari Perancis Ke England

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sering kita lihat aksi manusia ‘terbang’ di udara hanyalah rekaan yang dibuat dalam filem contohnya seperti watak Ironman.

Mungkin apa yang kita lihat dalam filem itu bakal jadi realiti apabila seorang pencipta hoverboard udara berjaya terbang dari Perancis ke England.

Terbang dari Perancis ke England
Sumber: Time Magazine

Juara jet ski Perancis, Franky Zapata menyempurnakan perjalanan sejauh 35 kilometer dalam tempoh 22 minit sejurus berlepas dari bandar tepi pantai Sangatte dan mendarat di Teluk Saint Margaret, berdekatan Dover yang terletak di kawasan pantai selatan Britain.

Zapata berdiri di atas sebuah platform yang dikuasakan oleh lima enjin jet kecil dan membawa kerosene dalam beg galasnya ketika berlepas dari Sangatte, luar Calais pada pukul 6.17 pagi waktu tempatan.

Ia merupakan cubaan kedua Zapata selepas pada cubaan pertama 10 hari lalu berakhir dengan perlanggaran dengan sebuah bot mengisi minyak beberapa minit sejurus berlepas dan memusnahkan papan seluncur futuristiknya.

Persis adiwira, kejayaannya itu juga merupakan rekod peribadi dan menarik perhatian seluruh negara.

Sumber: The Sun UK

 

Apa pendapat anda?

Intern Berbayar : PERLU atau TIDAK

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.