squid game

Seorang YouTuber Uji Strategi Tarik Tali Dari ‘Squid Game’ Untuk Ketahui Kebenarannya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mesti anda yang telah menonton drama trending Netflix, Squid Game ingin tahu strategi tarik tali dalam salah satu episod tersebut sama ada berkesan atau tidak. Seorang YouTuber memutuskan untuk menguji strategi itu.

Jin Yong Jin memuat naik video yang bertajuk, “Bolehkah strategi tarik tali dalam ‘Squid Game’ benar-benar berfungsi?” di saluran YouTubenya. Dalam video ini, beliau menjemput dua pasukan untuk melihat sama ada pasukan yang lebih lemah dapat mengalahkan pasukan yang kuat dengan strategi yang dijelaskan oleh Oh Il Nam dalam drama itu.

Satu kumpulan adalah lelaki dari ‘Fake Men’ dan kumpulan yang lain terdiri daripada anggota dari ‘Money Game.’ Anggota ‘Money Game’ termasuk dua wanita dan menjadi pasukan yang akan menggunakan strategi Oh Il Nam menentang pasukan lelaki yang sangat kuat.

Malangnya, pasukan ‘Fake Men’ terlalu kuat untuk dikalahkan oleh pasukan ‘Money Game’. Oleh itu YouTuber Jin Yong Jin juga menyarankan untuk menggunakan satu lagi strategi yang dilihat dalam ‘Squid Game,’ tetapi itu juga gagal.

squid game

Pada akhirnya, YouTuber tersebut menyimpulkan bahawa strategi yang dilihat pada ‘Squid Game’ tidak akan mungkin dilakukan jika pasukan dengan satu lelaki tua, dan tiga wanita, menentang pasukan yang sangat hebat. beliau juga menjelaskan bahawa strategi itu hanya mungkin dilakukan jika kedua-dua pasukan berada di landasan yang sama ketika mencapai kekuatan menarik.

Namun, pasukan ‘Fake Men’ menjelaskan bahawa ketika mereka mulai menentang pasukan ‘Money Game’ ketika melakukan posisi 90 darjah, mereka terkejut kerana kekuatan yang tidak dijangka yang dimiliki pasukan lawan. Namun, itu tidak cukup untuk mengalahkan pasukan yang terdiri daripada tentera khas.

Saksikan demo yang dilakukan oleh YouTuber tersebut dalam video ini.

BACA: Ramai Bengang Dengan Watak Atuk Dalam ‘Squid Game’

Sumber: allkpop