‘Seni’ Sambung Atap Guna Pita Kontraktor Ini Buat Netizen Terkedu 1

‘Seni’ Sambung Atap Guna Pita Kontraktor Ini Buat Netizen Terkedu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seni sambung atap guna pita yang digunakan kontraktor ini buat netizen terkedu.

Kami percaya, memiliki rumah adalah impian semua orang. Namun, prosesnya tidak mudah. Bermula daripada pengumpulan dana sehinggalah rumah terbina, banyak yang perlu dilalui.

Seperti yang dikongsikan salah seorang pengguna TikTok dengan nama @auraserriputeri1 yang berkongsi kisah ditipu kontraktor yang diupah untuk membina rumah yang kosnya mencecah RM350,000.

@auraserriputeri1

Hati2 yang nak buat rumah Contractor Penipu Kekuda Besi Rangka Rumah Pakai Double Tape.Atas arahan pihak majlis Selayang kami sekeluarga berpindah.kekuda besi dan atap runtuhkan dan tukar yang baru Follow Like Comment Share #auraserriputeri1 #fyp #wanitahebat #kontractor #contractors #buatrumah

♬ Ya Allah – Wali

Menurut beliau yang mesra menggelarkan dirinya Kak Serri, kontraktor menyambung besi-besi di bumbung dengan hanya menggunakan pita pelekat.

‘Seni’ Sambung Atap Guna Pita Kontraktor Ini Buat Netizen Terkedu 1

Risau dengan keselamatan penghuni rumah selepas melihat seni sambung atap menggunakan pita yang diaplikasikan kontraktor tersebut, mereka sekeluarga diminta untuk berpindah sebentar sementara proses baik pulih dijalankan.

‘Seni’ Sambung Atap Guna Pita Kontraktor Ini Buat Netizen Terkedu 2

Di ruangan komen, Kak Serri memaklumkan laporan sudah pun dibuat dan lesen pihak kontaktor sudah pun ditarik.

Berkongsi untuk mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati, ramai netizen yang cukup terkedu melihat ‘bakat’ luar biasa yang dimiliki kontraktor yang yakin pita pelekat berkenaan mampu memegang kukuh rangka binaan.

@auraserriputeri1

Saya kena dengan Contractor Penipu dia ingat kak Serri tak naik atas bumbung check bin rumah besi sambung2 pakai double tape gila Follow Like Comment Share #auraserriputeri1 #fyp #wanitahebat #cantik #kontractor #contractors #buatrumah

♬ Ya Allah – Wali

Thaukah anda, barang elektrik yang terkena dalam banjir masih boleh diselamatkan dengan menggunakan tips ini.

  1. Perkara penting yang perlu anda buat ialah jangan sesekali cuba untuk menghidupkan barang elektrik anda untuk menguji sama ada ianya masih elok atau pun tidak.
  2. Tembak menggunakan air bagi membersihkan lumpur di setiap bahagian termasuklah di kawasan tertutup.
  3. Jangan gunakan berus, hanya guna berus cat untuk menghakis lumpur.
  4. Bila dah bersih, jemur di kawasan panas sekitar dua ke tiga hari sehingga tiada kelembapan pada komponen dalaman.
  5. Untuk pastikan ianya betul-betul kering, anda boleh gunakan pengering rambut.

Baca lanjut: Masih Boleh Guna, Ini Tips Selamatkan Barang Elektrik Semasa Banjir