Pengci Scam Kemalangan Jalan Raya Yang Popular Di China 4

Sengaja Buat-Buat Dilanggar Untuk Dapat Pampasan, Ini Taktik ‘Scam’ Yang Popular Di China

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Di China, ada satu taktik penipuan popular yang sering digunakan individu tidak bertanggungjawab terhadap pemandu jalan raya untuk mendapatkan pampasan atau wang secara mudah.

BACA: Artis Target Paling Mudah Untuk Sindiket Pengubahan Wang Haram Cuci Duit

Taktik ini dinamakan sebagai Pengci (porselin pecah).

Untuk pengetahuan anda, Pengci pada awalnya merujuk kepada perbuatan penjual porselin yang sengaja meletakkan barang jualan yang rapuh di barisan hadapan supaya mudah untuk mereka meminta ganti rugi kepada mangsa atas kerosakan yang berlaku dengan alasan ianya adalah barangan berharga.

Istilah ini kemudiannya diperluaskan untuk beberapa taktik scam termasuklah scam kemalangan jalan raya.

Di China, mereka yang terlibat dalam kemalangan lebih selesa untuk menyelesaikannya di luar kerana tidak mahu membuang masa menunggu siasatan dan sebagainya.

Jadi cara yang ‘paling baik’ adalah dengan membayar pampasan dan berlalu.

Bagi mengelakkan menjadi mangsa, ramai pemilik kenderaan sudah mula memasang kamera yang boleh merekodkan bahagian hadapan kereta mereka sepanjang perjalanan menaikinya.

Jangan terkejut jika anda memandu di China, secara tiba-tiba ada yang datang melompat di hadapan kereta anda.

Pengci Scam Kemalangan Jalan Raya Yang Popular Di China 1
Sumber: China Law Translate

Tidak kira kanak-kanak, orang dewasa malah warga emas turut menggunakan taktik scam yang sama bagi mendapatkan wang dengan cara yang mudah.