
Senarai Universiti Terbaik Di Malaysia Bagi Tahun 2023 Mengikut Ranking Dunia Quacquarelli Symonds (QS)
Senarai universiti terbaik di Malaysia mengikut Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings bagi tahun 2023 telah dikeluarkan di laman web TopUniversities.com.
Lebih 1,400 buah universiti dari seluruh dunia telah dinilai mengikut kategori penentuan yang merentasi aspek-aspek seperti reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah fakulti dan pelajar, sumbangan dan kualiti penyelidikan, nisbah pelajar antarabangsa dan lain-lain.
Tiada perubahan ketara dalam kedudukan 5 buah universiti terbaik di dunia bagi tahun 2023 iaitu Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat masih lagi mengungguli tempat pertama.
Ini diikuti pula dengan University of Cambridge, Stanford University, University of Oxford dan Harvard University yang hanya bertukar beberapa anak tangga berbanding tahun 2022.
5 universiti terbaik di Asia bagi 2023 pula masih lagi diterajui oleh National University of Singapore (NUS) manakala tempat ke-2 ialah Peking University, China yang berjaya memintas Nanyang Technological University, Singapura (NTU) yang kini jatuh ke tempat ke-4.
Tempat ke-3 dan ke-5 masing-masing ialah Tsinghua University, China dan The University of Hong Kong.
Universiti Malaya (UM) hanya berada di tangga ke-19 di peringkat Asia dan merupakan satu-satunya universiti tempatan yang berada dalam senarai 100 universiti terbaik dunia iaitu di kedudukan ke-70.
Berikut merupakan senarai universiti terbaik di Malaysia mengikut Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings bagi tahun 2023:
BACA: Universiti Di Malaysia Mula Dipandang Pelajar China Sebagai Destinasi Pendidikan
Sumber: TopUniversities.com