
Senarai Tempat Yang Boleh Anda Dapatkan Bantuan Bekalan Makanan
Di sini kami ada senaraikan di mana anda boleh dapatkan bantuan bekalan makanan saat pandemik COVID-19 melanda.
Tidak dinafikan, sekarang adalah saat yang sukar buat semua.
Wabak pandemik yang melanda menyaksikan ramai yang terpaksa dibuang kerja hingga hilang punca pendapatan disebabkan syarikat sendiri sudah tidak mampu membayar gaji mereka.
Lihat sahaja beberapa hari lalu, satu kempen #BenderaPutih telah dilancarkan, yang mana bertujuan bagi membantu mereka yang terputus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera mendapatkan bantuan yang sepatutnya.
Dalam satu perkongsian, Nur Firdaus menyenaraikan lima tempat yang bolah anda dapatkan bantuan makanan.
1. YAYASAN FOOD BANK
Ini merupakan inisiatif daripada Yayasan Food Bank Malaysia.
Jika anda pelajar Universiti Awam, Food Bank menyediakan keperluan makanan buat anda menerusi program Food Bank Siswa.
Cara pemberiannya adalah menerusi Food Pantry (bilik simpanan makanan kering) di dalam universiti atau Central Kitchen (mengedarkan makanan yang dimasak kepada pelajar).
Untuk mengetahui senarai universiti yang ada menyediakan food bank, bolehlah rujuk DI SINI.
2. GEROBOK KASIH PETRONAS
Gerobok Kasih Petronas mempunyai konsep yang sama seperti food bank.
Di Petronas tertentu, anda boleh mendapatkan bekalan makanan sebagai contoh di Johor, di Petronas Desaru, Petronas Kempas Lama, Petronas Puteri Wangsa dan Petronas Taman Austin Perdana.
3. PANTRI KOMUNITI AYAM BRAND
Ini merupakan inisiatif daripada syarikat Ayam Brand Malaysia yang menyediakan pantri makanan kering untuk seluruh rakyat Malaysia.
Terletak di seluruh Malaysia, namun setiap satu negeri diletakkan satu lokasi pantri.
Senarai lokasi dan maklumat lanjut mengenai Pantri Komuniti Ayam Brand ini boleh rujuk DI SINI.
4. ZERO HUNGER PROGRAM
Inisiatif ini merupakan tajaan Yayasan Brainy Bunch dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Malakat Mall.
Namun untuk ini, anda akan disaring. Mereka yang berjaya melepasi proses saringan akan terus diberikan bantuan.
Permohonan dan maklumat lanjut boleh rujuk DI SINI.
5. PROJEK GEROBOK REZEKI
Projek Gerobok Rezeki ini hasil daripada komuniti masyarakat setempat dan berada di seluruh Malaysia. Berikut antara yang sempat Muhammad Firdaus kumpulkan.
i. Kelantan – SMK Kota (Kota Bahru)
ii. Selangor – Surau Al-Ansor (Seksyen 2, Shah Alam), SMK Telok Gadong (Klang), PPR Seri Alam, PPR Cheras, SMK Taman Selayang (Gombak), Masjid Ara Damansara.
iii. Pulau Pinang – Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
iv. Johor – SMK Tun Habab (Kota Tinggi), Masjid An-Nur Taman Cendana ( Pasir Gudang)
v. Perak – SMK Kampong Pasir Puteh (Ipoh)
vi. Putrajaya – Kedai MAIWP (Presint 5)
vii. Kuala Lumpur – PPR Kuala Lumpur, SK Datuk Keramat
viii. Negeri Sembilan – Masjid Qariah Ibnu Khaldun Lavender Height (Seremban)
ix. Melaka – Masjid An-Najwan Kampung Cheng
x. Sarawak – Masjid Darul Husni Warrahmah (Taman Hussein/Rahmat, Kuching), Masjid Darul Furqan (Taman Malihah, Kuching).
xi. Pahang – Masjid Al Hidayah Permatang Badak (Kuantan)
xii. Terengganu – Uitm Kampus Dungun
xiii. Kedah – Masjid Sultan Badlishah (Sintok), SK Tandop Besar (Kuala Nerang)
Menerusi satu perkongsian di group aplikasi WhatsApp, berikut merupakan senarai pusat food bank yang boleh anda dapatkan bantuan:
Jika anda tahu lagi di mana boleh bantuan bekalan makanan sepanjang COVID-19 didapati, bolehlah kongsikan bersama di ruangan komen.
#KitaJagaKita
Sumber: Muhammad Firdaus