
Senarai Semak Dan Persediaan Sebelum Memasuki Bulan Membayar Cukai Pendapatan LHDN
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah memaklumkan bahawa pembayar cukai yang ingin mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2021 dan Tahun Taksiran 2021 melalui e-Filing boleh berbuat demikian mulai 01 Mac 2022.
Mereka yang ingin mengemukakan Borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.
BACA: 18 Tuntutan Yang Dibawa Admin Kumpulan ‘LHDN Cari Siapa Hari Ini?’ Semasa Pertemuan Bersama LHDN
Pembayar cukai turut dinasihatkan untuk memastikan semua dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dikumpulkan, disusun dengan kemas dan disimpan dengan rapi.
Semua dokumen tersebut sekurang-kurangnya perlu disimpan untuk tempoh 7 tahun seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 82 dan 82A Akta Cukai Pendapatan 1967.
Ia perlu dilakukan sebagai persediaan untuk memudahkan proses mengisi e-Filing dan semakan pematuhan oleh LHDN pada masa hadapan.
Seorang pengguna Facebook, Faizah Salleh telah berkongsi dokumen yang perlu disimpan berikut sebagai satu senarai semak untuk memudahkan orang ramai.
Walaupun perkongsian beliau ini dibuat pada tahun 2020 (untuk Tahun Taksiran 2019), namun ianya masih berguna dan bermanfaat untuk dijadikan sebagai panduan.

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui:
- a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
- b) HASiL Live Chat; dan
- c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas berikut:
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/
BACA: Pindaan Akta Benarkan LHDN Boleh Akses Akaun Bank Pembayar Cukai Tanpa Perlu Mohon Kebenaran
Sumber: Faizah Salleh