Senarai Penuh Perkhidmatan Baharu Dibenar Operasi Dalam Fasa Ketiga PKP

Senarai Penuh Perkhidmatan Baharu Dibenar Operasi Dalam Fasa Ketiga PKP

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Senarai penuh perkhidmatan baharu dibenar operasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga.

Menjelang fasa ketiga tempoh PKP, beberapa perkhidmatan telah dibenarkan beroperasi namun dalam pengenalan syarat ketat.

BACA: Kluster Gunting Rambut Mungkin Muncul Jika Operasi Perkhidmatan Tak Dipantau Dengan Tegas

10 April menjadi salah satu detik bersejarah buat rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir 14 April ini akan disambung lagi sehingga 28 April ini.

Menteri (Kanan) Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali mendedahkan sektor yang dibenarkan untuk operasi dengan sesetengahnya menawarkan perkhidmatan terhad.

PTJ01_220518_MENTERI_EPU
Sumber: The Star

Lihat senarai penuh perkhidmatan yang dibenarkan:

1. Industri automotif – (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

2. Industri mesin dan peralatan.

3. Industri aeroangkasa.

4. Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan:
(i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
(iii) Kerja-kerja terowong
(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan
(v) Kerja-kerja cerun
(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
(xi) Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk arkitek, jurutera perancang bandar, juru-ukur tanah, juru ukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan.

5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan – (hanya terhad kepada: perkhidmatan berkaitan guaman; perkhidmatan berkaitan minyak dan gas; aktiviti aktviti R&D berkaitan COVID19; makmal-makmal ujian bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja.

6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar – (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners).

7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik, dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.

8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).

9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri).

Terdahulu, kerajaan telah memperbaharui senarai perkhidmatan berkepentingan bagi fasa kedua yang terlah dipendekkan kepada 10 kategori iaitu:

  1. Makanan
  2. Air
  3. Tenaga
  4. Komunikasi dan internet
  5. E-dagang
  6. Sisa buangan pepejal dan pengurusan kebersihan dan saliran awam
  7. Kesihatan dan perubatan termasuk supplement pemakanan
  8. Perbankan dan kewangan
  9. Keselamatan dan pertahanan
  10. Logistik yang tertakluk kepada perkhidmatan penting berkaitan

Sumber: Astro Awani